Friday, December 19, 2014

Pengalaman Mengandung 3 Kali Dalam 3 Tahun

Bismillahirrahmanirrahim.

Woah, macam "aktif" nau nau je bunyinya tajuk tu! Haha. But itulah experience aku. Aku berkahwin dengan Abang pada bulan Julai 2011, dan harini dah December 2014. Which means it's already 3 years and 5 months approximately.

Aku mengandungkan anak sulungku Muhammad Yassir (whom we called as Acir, if you're new reader here hehe) right after we got married. Bunting pelamin! hihu. Pastu, masa umur Yassir 1 tahun 6 bulan, mashaAllah Allah rezekikan lagi kami good news, which aku kandungkan anak kedua...

Yassir semasa berusia 1 tahun 4 bulan, di Melbourne City.

Tapi kandungan tu bertahan dalam rahim aku for 2 months je. Alhamdulillah, sempat bernyawa. Alhamdulillah, ada salah satu daripada anak-anak aku dah tunggu aku di syurga. Sedih sebenarnya. Tapi aku tak give up. Aku pujuk diri aku untuk pandang perkara tu dari sudut positif. "Anak aku dekat syurga, anak aku dah kat syurga." Monolog aku dengan diri sendiri. Berperang kot dengan perasaan sedih n kecewa waktu tu.

Waktu dapat tahu aku keguguran tu, Yassir masih lagi breastfeed. Allah knows best. Dalam keadaan agak belum bersedia untuk melahirkan anak kedua sebab masih fokus menyusukan dan memberi kasih sayang pada Yassir, Allah hantar ujian. So disebabkan aku cam sedih gila time dapat tahu aku keguguran tu, kami pun berusaha untuk putuskan susu dari Yassir. Menangis-nangis kot. Yelah sebab selama ni Yassir nak tidur mesti kena susu dulu. Tiba-tiba dia kena tidur sendiri. Macam-macam cara aku buat. Cara paling berkesan adalah letak garam. Lepas 3-4 hari dia cuba nak menyusu asyik rasa garam je, last2 dia pun give up haha.

Then baru kami bersedia. Alhamdulillah after 3 months, Allah kurniakan lagi sekali good news to us. Kandungan ketiga :)

Yes aku memang sangat2 amat2 happy to know that I was pregnant. But rupanya dalam kegembiraan tu, ada trauma behaind it. Trauma keguguran. Yes, aku tak sedar benda tu sampailah lepas aku bersalin. Baru aku sedar.

40 weeks of my 3rd pregnancy, I was actually in a traumatic state without anyone realizing it, not even me. Huhu. The first trimester aku ended up banyak gila stay kat rumah. Masa tu memang ada morning sickness yang agak teruk..sampai ke petang aku muntah2. Aku tak boleh kena cahaya matahari, aku akan loya n pitam. Badan aku tak fir macam sebelumnya. Aku kurang semangat, kurang motivasi utk move forward. My life was filled with worries, and more worries. Sedih kan. Baru sekarang aku sedar. Jauhnya aku dengan Allah waktu tu :(

Aku punya risau, sampai masuk 2nd trimester baru aku berani nak travel semula. There you go, I started travelling here and there again, I started being active again..and masa ni jugaklah aku mula set up my 2nd business, The Ladyship.co (Boutique & Cafe). Punyalah semangat buka business baru, aku diuji lagi sekali. Aku diuji pulak kali ni dengan THREATENED PREMATURED LABOR masa usia kandungan aku 27 minggu. Contraction yg sakit sangat every 5 min, dan blood show. Masa gugur haritu pun sama gak keluar blood show. Trauma lagi.



Terus aku takut nak bergerak aktif. Aku nak baby ni selamat. I can't face another loss. Ketat-ketat aku doa kat Allah, and ketat-ketat aku jaga kandungan ni. Huhu. Duduk rumah je. Takut nak buat kerja lasak. I wasn't sure whether aku memang tak mampu do heavy work or I was actually over-worried.

Bermula kembali fasa duduk rumah...until kandungan aku masuk 38 minggu. Barulah kerisauan aku mula pudar. I started travelling again. Reaching 40 weeks, my due date....


MASIH TIADA TANDA-TANDA UNTUK BERSALIN. Hahah!

Amek kau. Risau sangat. Last-last baby tak nak keluar terus. Haha. My EDD was 30 November 2014. Aku melahirkan pd 3 December 2014. Aku admitted hospital since 1 Dec. Actually bukan sbb ada signal. Tapi sebab nasib kurang baik, doctor yang cek aku ternampak ada 'contraction' masa dia tgh buat ultrasound. Aku mmg confident 200% that it was actually Braxton Hicks. Stress gila masa doctor suruh siap2 masuk ward tu argh! So aku pun redha dan pasrah jelah ikut cakap doctor. Tapi yang aku kurang redha adalah, doctor bukakan jalan. Lepas 1 cm, dia buka lagi jadi 2cm. Pastu dia tgk lepas sehari tak ada perubahan, dia buka lagi jadi 3 cm, and after about more than 8 hours still xde perubahan, dia bukakan lagi jadi 4cm n pecahkan air ketuban. Aku dah lah tgh stress sebab kena duduk ward walhal xde sign nak bersalin pun. Pastu aku stress la jugak fikir baby ni bila nak keluar. Pastu doctor tambah lagi stress aku dgn bukakan jalan. Huhu. Ended up aku masuk labor room dalam keadaan tak bersedia, lapar, kurang tenaga...


So ended up by the time contraction mula menyerang minute after minute, aku dah tak mampu nak push. Aku cuma rasa nak tidur je waktu tu. Dalam hati teringin nak mintak diorang bawakkan milo, dengan nasi putih lauk daging paprik. Hahaha. Lapar gila, serious...hypo tau. aku menggigil macam seolah-olah aku berada di Mount Baw Baw dulu haha. Bidan dalam labor room tu 2 orang tolong tekan perut aku without aku push. Wallahi aku tak ada tenaga masa tu, tak ada orang percaya. Aku menangis kot haha.

Kepala baby dah almost keluar, so apa lagi? Aku pun cuba push jugak dalam tidur! Tapi apakan daya, bank energy aku tak cukup untuk tolak baby keluar secara sepenuhnya...dan aku dah macam nak putus nafas dah waktu tu. Doctor pun "BANTU" aku dengan cara menggunting jalan untuk keluarkan baby. Huwa sakit :'( :'( And finally, the baby's safely delivered!! MashaAllah, Allahuakbar! Alhamdulillah.

Kalau dulu pengalaman bersalin Muhammad Yassir, lepas baby dah keluar aku boleh terus lelap. Kali ni tak. Aku kena sambung lagi perjuangan...KENA JAHIT! Huahuahua. Dalam keadaan sedar, memang takleh blah sakit dia. Lepas siap jahit, aku betul2 menangis teresak2 kat dalam labor room tu. HAHA. Malu gak lah time tu. Tapi aku terpaksa mengadu gak kat nurse tu, yang AKU LAPAR. Hahahaha. Alhamdulillah, nurse hantar air milo panas dengan biskut. Aku pun makan sambil air mata aku berjurai2, satu badan menggigil hypo.

Alhamdulillah for the wonderful experience!! 1 tahun yang full of ups and downs, and mostly berkait rapat dengan isu kesihatan aku. Ya Allah, seksanya kalau sekali Allah dah tarik nikmat sihat, time tu memang you wish you had spent all your money to be healthy. Tapi sebenarnya, Allah yang MAHA KUASA. Kita mungkin dah berusaha sebaik mungkin, tapi bila Allah dah kata "KUN, FAYAKUN"!

3 December 2014, 12.15am, puteriku dilahirkan.
Yasmin Khaira binti Yussamir.

Cukup dah 2 orang, sepasang. Alhamdulillah. Now focus utk breastfeed dan manjakan anak-anak, didik mereka untuk jadi Mukmin bertaqwa. Tolong doakan. Aku dah decide untuk rehat dari labor room for at least, 4 years. Hehe. InshaAllah lepas Yasmin dah cukup besar, then I am going to prepare for our 3rd child pulak hihi. Semoga Allah redha dengan perancangan ni, dan semoga Allah tunjukkan yang terbaik. Ameen.

Thank you for reading! ;)

Friday, October 31, 2014

Persediaan Bersalin: Untuk Ibu Dan Bayi

Bismillahirrahmanirrahim.

Hello! Welcome back Ladyship Atie! Hahah! Yes yes I know, it's been 3 months since my last blog post. So many things happening in my life that I was not able to spend my time and my energy in front of the laptop to blog.

I am now 36-week pregnant. Kalau ikutkan physical preparation, memang dah sedia untuk give birth to my second baby. Tapi kalau ikut emotional preparation and mental preparation, belum sediaaaa ='( Hahah. Memang kalau ikutkan EDD, lama lagi. 4 minggu lagi. But disebabkan haritu aku dah ada case threatened preterm birth (Siapa tak faham ape tu threatened preterm birth boleh google sendiri ek hehe) so sekarang ni kira macam aku perlu bersedia je for any possibilities. I need to avoid any activity yang boleh induce delivery. Nak duduk pun kena pilih tempat yang ada alas empuk. Kalau duduk atas kerusi keras/lantai memang confirm contraction and kejang merata-rata anggota badan.

Harini rasa nak share checklist preparation untuk wanita yang bakal melahirkan anak. Hehe. So here we go.

Persediaan untuk si Ibu:
  1. Kain batik 3 helai.
  2. Tuala mandi 1 helai.
  3. Seluar dalam pakai buang Senang tak payah fikir nak simpan mana seluar dalam yang dah penuh darah nifas.
  4. Maternity pad. Pad ni tak sama tau dengan pad yang kita biasa pakai masa kita datang haid. Kena sediakan pad yang khusus untuk maternity. Uols boleh cari di kedai barangan bayi atau kedai maternity. Atau di shopping complex, section barangan baby. Confirm ada jual.
  5. Baju untuk stay over di hospital. Make sure it is breastfeeding friendly. Means, ada button/zip kat bahagian dada. Senang nak breastfeed baby :) Sediakan la 3-4 helai.
  6. Tudung sarung (je senang takyah serabut nak pin bagai). Hehe. 
  7. Selipar jepun untuk mandi manda di kolam mandi hospital (HAHA).
  8. Sweater (selalunya waktu malam memang korang akan menggigil kesejukan di bilik wad).
  9. Handphone dan powerbank fully charged.
  10. Buku merah (jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh. EH!)
  11. Kad pengenalan (Suami punya sekali ye!)
  12. Makanan dan minuman yang kita sendiri rasa macam nak makan sebelum/selepas bersalin. I would love to bring my Herbalife products (the shakes, aloe vera juice, omega 3 and etc) and Vico, biskut utk cicah dengan Milo. Ohmai sedapnya! Haha.
  13. Nursing bra with the breast pad. (2 helai pun OK)
Persediaan untuk si bayi dibawa ke hospital:
  1. Pampers bersaiz newborn
  2. Minyak telon.
  3. Sleepsuit (Bilik wad selalunya sejuk especially waktu malam) 3 pasang.
  4. Baby wipes.
  5. Stokin tangan dan kaki baby 1 pasang.
  6. Tuala mandi baby 1 helai.
  7. Napkin 3 helai.
  8. Selimut bedung baby 2 helai.


Now let's talk about sabun mandian baby. Masa aku baru bersalinkan Yassir in 2012, like other normal new parents...aku ke kedai barangan baby, aku tanya kat staff tu, sabun ape paling bagus...and normally the products yang diorang rekomen adalah produk yang mahal dan famous. And memang bajet untuk sabun Yassir agak tinggi setiap bulan. Sampai lah suatu hari kami belajar dalam kelas nutrisi organized by our beloved company Herbalife, dapat ilmu tentang sulphate & paraben.

Sulphate:
Paraben:

So lepas dah ada knowledge tentang 2 bahan kimia ni, setiap kali nak beli any products yang berkaitan dengan kulit, I will read the ingredients thoroughly to make sure it is not made of any of these two chemical. And sekarang memang aku loyal to this one brand as sabun mandian anakku Muhammad Yassir.



I highly recommend this sabun for your babies. Jangan hanya tengok pd harga atau brand. Sebab sebelum ni aku pun dah guna brand yang mahal2 tapi rupanya mahal sebab brand je, They claimed the products are organic but still ada sulphate and paraben. So whats the point kan? Mana nak dapat sabun Pigeon ni? Susah sikit nak cari. Kalau kat Melaka ni, Jusco ada...kat section barang-barang baby. Try la cari :)

Till then, bai! See you later in my next entry! (tak tau bila hahahah!)

Wednesday, July 16, 2014

Off Gaza, Faith And The Future

Bismillahirrahmanirrahim.

Good morning healthy and pretty world :) Alhamdulillah, let's be grateful for everything that we still have today. Kita masih boleh bernafas, boleh melihat keindahan dunia, boleh bekerja, dan masih boleh berfikir. Kalau semalam ada antara nikmat kita yang Allah tarik, just remember, Allah did that because that's what's best for us yesterday. Mungkin jika kita masih diberikan nikmat yang kita sangka baik untuk kita semalam, banyak perkara buruk yang di luar jangkaan kita akan berlaku terhadap kita in the future, we just never know because Allah is indeed the best planner and Allah knows EVERYTHING.

Cuba kita lihat penduduk bumi Gaza..

Source: google image

Sampai tak sanggup nak pilih gambar mana. Aku printscreen je dari result google image. Look at them. Their children are killed heartlessly. 

Dalam Islam, kita diajar dilarang menyentuh,mencederakan, apatah lagi membunuh 3 golongan ini: Kanak-kanak, wanita, dan orang tua. 

But shockingly, in Israel, the mother and the children are the ones who should be killed first because they are so-called 'terrorist'. 

Siapakah terrorist yang sebenar?




Penindasan dan serangan kejam Israel terhadap rakyat Gaza hari ini bukanlah yang pertama kali. Tapi impressively, rakyat Gaza langsung tak goyah iman mereka. This is what we call as faith. Orang yang beriman pasti akan diuji. Kalau kita mengaku kita beriman, kita perlu turut beriman bahawa kita pasti akan diuji!!

Kalau nak dibandingkan keperitan, kesakitan, kesusahan mereka di Gaza dengan 'kesusahan' kita kat Malaysia ni, rasa macam malu pun ada. Apa je ujian yang Allah bagi kat kita? Business not doing well? Sales kurang? Boss tak bagi cuti raya? Tak cukup duit nak bayar komitment rumah dan kereta? Tak cukup duit nak beli ubat di klinik untuk anak kita yang demam? Hutang keliling pinggang, tak mampu nak bayar?

Allah :( 

Kita patut tanya diri kita. Adakah di mata Allah kita belum cukup beriman? Kenapa Allah uji rakyat Gaza sebesar tu, dan ujian kita sekecil ini? Mudahnya jalan hidup kita...adakah kita layak untuk syurga Allah? Apa lagi pengorbanan yang perlu kita lakukan untuk berjaya menempah syurga?

Tapi sebaliknya, ramai antara kita, bila diuji sikit, kita always question Allah instead of ourselves. Kenapa kau uji aku macam ni ya Allah? Kenapa kau uji aku sekarang? Kau tak nampak ke aku dah sedia susah, kenapa Kau susahkan aku lagi ya Allah?

Malu :(

Rakyat Gaza diuji dengan kematian, kesempitan, ugutan, keganasan, peperangan, dan macam-macam lagi. And kalau nak diikutkan merekalah yang paling layak untuk give up dengan masa depan mereka dan negara mereka. But yet, tak ada langsung tanda-tanda seperti mereka akan give up with their life and their future. Mereka menangis meraung, tapi kita masih boleh lihat dalam mata mereka, semangat dan kekentalan mereka, mata mereka seolah-olah menceritakan bahawa mereka akan pastikan mereka tetap menang! Tidak kira di dunia atau di akhirat, mereka seolah-olah berikrar bahawa mereka akan menang!


Tersentap dengan status Facebook yang dikongsi di page seorang teman, Kak Hasiba Kamarudin.. Semoga kita bukan sekadar menjadi Facebook warrior, setiap hari berkongsi gambar dan status-status update tentang Gaza, tetapi masih berkira duit untuk beli juadah berbuka, masih bersenang lenang di rumah dengan alasan puasa dan panas, padahal mereka di sana tak merasa panas matahari pun..hanya panas api dan bom oleh zionis laknatullah. #muhasabah


Kerna Kau Tak Merasa
Saya baru pulang dari Hospital Shifa' melawat ahli keluarga Batsh yang serangan Zionis ke atas rumah mereka mengorbankan 18 ahli keluarga sekaligus dan mencederakan lebih daripada 45 orang. 4 daripada mereka masih di dalam hospital - 2 di ICU. Bersama saya sedikit wang bantuan pembaca yang dikhususkan untuk mereka. Tetapi tatkala bercakap dengan ketua keluarga mereka, saya te...rsentap; yang rumah mereka musnah dan terpaksa merempat seramai 24 buah keluarga - bantuan yang saya bawa hanya sekelumit, kalau dibahagikan mungkin cukup untuk digunakan sehari sahaja.

Kadang mengalir airmata
Kerna kudrat secebis cuma
Cuba membantu tidak berdaya
Hanya memberi secubit yang ada
Terlalu sedikit tidak bermakna

Semalam saya ke selatan Gaza, ke Khan Younis, menziarahi beberapa buah rumah yang musnah dibom Zionis. Sisa-sisa buku dan mainan anak-anak bertaburan, malah ada rumah flat tiga tingkat yang menjadi rata separas bumi kerana dibedil berkali-kali. Mangsa tinggal di dalam stor, duduk bersama keluarga, hidup seadanya menanti perang tamat untuk membina semula kehidupan.

Kadang mengalir airmata
Di kiri kanan insan sengsara,
Mengalir darah, berparut luka
Anak piatu, isteri menjanda
Segala musnah sekelip mata

Setiap kali pulang ke rumah dan terjelepuk letih, perkara pertama yang saya lakukan ialah menghantar Whatsapp kepada bendahari, bertanyakan berapa baki wang di dalam akaun, dan membuka 'laptop', mengharap kalau-kalau ada masuk 'emel ceria', emel makluman transaksi yang dihantar penyumbang. Sumbangan merangkak masuk, sedikit demi sedikit, tidak akan pernah cukup untuk membantu mereka yang merana.

Kadang mengalir airmata
Ramai berkata seolah merasa
Tetapi menyumbang berdoa tiada
Takut tak cukup untuk beraya
Bimbang habis bajet berbuka

Sebelum perang saya duduk bersama seorang pengerusi NGO, beliau menyatakan kekecewaannya kerana sumbangan yang datang untuk keluarga miskin, untuk anak yatim, untuk pegawai kerajaan yang menjadi papa kerana tidak mampu dibayar gaji mereka, terlalu sedikit. Beliau berputus asa, menyatakan hasratnya meletakkan jawatan kerana kewujudannya sia-sia. Kini saya merasa seperti dia. Saya berhasrat berkorban jiwa agar mungkin akhirnya, rakyat Malaysia akan lebih cakna.

Kadang mengalir airmata
Tidak cukup menjentik jiwa
Lama diulit selesa dunia
Wahai Tuhan tariklah nyawa
Agar mata mereka terbuka.

Nadir Al-Nuri, From Gaza With Love.
16 Julai 2014.

p/s : Sumbanglah walau sedikit, demi Allah mereka memerlukannya. Bank in sumbangan ke akaun CIMB 7600809829 atas nama Umm Salamah binti Ahmad Shah dengan label 'Nyawa Nadir', makluman/pertanyaan melalui emel bazarramadhangaza@gmail.com, atau Whatsapp +60195004911.

Monday, July 14, 2014

Tahukah Anda: Kulit Anda Menua Setiap Hari!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Quick update for today!!

You all ni semua cuci muka tak sebelum tidur?
Hah meh sini nak kasi tau.Waktu kita tidur, adalah waktu kulit kita sebenarnya "makan". Kulit kita dah penat bekerja sepanjang hari nak protect seluruh tubuh badan kita, lindungi kita dari panas terik sinaran matahari dan sebagainya pada waktu siang. So waktu malam, it's time for our skin to "renew" it's cells. Untuk kulit kita memperbaharui sel-selnya, ia memerlukan "makanan" yang tepat. Kalau anda tak cuci muka sebelum tidur, sel kulit anda akan "makan" kotoran dan daki-daki yang tertinggal di kulit anda. Uuuuuuu :( Kesiannya kulit :(
And you know what? If this happens, kulit kita boleh menua 7 HARI LEBIH AWAL!!! Oh NO!!! And if you do this everyday to your skin, I mean, tak cuci muka setiap hari sebelum tidur, means HARI-HARI kulit muka you akan menua 7 hari hari lebih awal!!!!!!!!! OH NO NO NO !!


Actually we can grow older with YOUNGER SKIN. 

Yang penting kena tahu cara yang betul. And for your information, kita digalakkan memakai anti-ageing skin care since we are 18 years old! So kalau ada kat sini adik-adik yang baru form 4 atau lepasan SPM yang nak pakai skin care anti-ageing, sangatttlahhh bagus ye adik-adik :)

Anti-ageing skincare products?


One of the best way to avoid ageing skin is to start applying anti-ageing skin care since we are 18y/o. I know, ramai antara you all yang beli ONLY cleanser, itu pun seboleh-boleh cari yang murah tapi banyak keluar kat TV. And kalau boleh duta brand skin care tu cantik dan you all adore. Betul tak?

Padahal, artis yang jadi duta produk tu sebenarnya memang dah cantik dah pun dengan make up dia segala bagai sebelum diorang jadi duta. Senang betul manusia terpengaruh kan. Huhu. Tapi itulah namanya fitrah. Cuma, Allah bagi kita akal untuk kita berfikir kan so tak salah kalau kita fikir lebih sikit untuk hari tua yang lebih berjaya dan sihat hehe.

Secara faktanya, produk penjagaan kulit yang terbaik perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
  1. Bebas dari sulfat
  2. Bebas dari paraben
  3. Antioksidan
  4. Diuji secara klinikal oleh pakar dermatologi.
You choose. Murah tapi mengakibatkan kulit anda berkedut terlampau semasa anda tua, atau invest on good skin care products, and look at your youngest when you are old. The choice is in your hand :)

And of course hereby I nak promote...produk terbaru Herbalife, new revolution of anti-ageing skin care :) Herbalife SKIN has it all!! Semua ciri-ciri skin care idaman anda ada dalam Herbalife SKIN!!!
Ask me for free trial of Herbalife SKIN. Contact me now for appointment!
  • Sulfate- and paraben-free
  • Antioxidants
  • Dermatologist-tested
  • Guaranteed result in just 7 days!!




*Herbalife products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

You all boleh klik www.herbalifeskin.com untuk tengok sendiri testimoni-testimoni pengguna SKIN seluruh dunia =)

Wednesday, June 4, 2014

What To Do When You Feel Like Giving Up?

Bismillahirrahmanirrahim


Hai =) Pernah tak you guys rasa macam hilang arah tuju, rasa macam dah jalan jauhhhhhh sangat, tiba-tiba things do not occur as planned, and you don't know where to go? Or rasa macam dah buat satu keputusan yang changed your life once upon a time but all of sudden everything that happens today, like EVERYTHING, are mistakes?

Aku pernah.

So how do I get back up from challenges? Frankly, it was never easy.  Aku pernah back off from chasing my dreams for more than 2 months. I stopped doing the things I always love to do. I stopped dreaming. Simply said, I gave up. And what was the result? My life was getting worse day by day. It was not about money.. it was about my satisfaction towards my own life. I started to look at things negatively. Semua benda jadi 'tak betul' kat mata aku. And then by the end of the day sebelum aku lelapkan mata untuk tidur, I regretted many things through out the day. Horrible sangat feeling tu. Rasa loser. Rasa useless..macam lagi teruk dari sampah masyarakat. Huhu. Tu la yang aku rasa bila aku berhenti bermimpi.

But.. what I love the most about facing challenges is, I can get closer to Allah.  Selalunya waktu senang, waktu kita tak ada masalah, waktu semua benda macam best je, macam simple je, macam smooth je, memang lah boleh je nak bangun malam for tahajjud, tapi untuk titiskan air mata waktu solat dan waktu berdoa, susah sangat kan? Kadang-kadang kena buat-buat nangis sebab teringin sangat nak menangis kat depan Allah. Tapi bila hidup kita sedang betul-betul mencabar, semua benda kita buat tak menjadi, paling best bila solat tu menjijis-jijis air mata...berjurai-jurai. Sejadah pun basah.

So, bersyukur lah saat kita senang, bertambahlah bersyukur saat kita diuji. Banyak sangat pahala bila menangis sungguh-sungguh kat Allah :')

ISTIKHARAH.

Saat aku tak tahu mana nak pergi, tak tahu apa nak buat, istikharah selalunya jadi jalan keluar untuk aku. Ada je tiba-tiba petunjuk yang Allah bagi..aku tak pernah dapat dalam mimpi. Tapi lepas istikharah, aku tawakkal, lepas tu mesti aku nampak satu per satu jalan..jalan keluar dari kesulitan.. semangat yang hilang tiba-tiba datang balik..powerful sangat istikharah ni.. you guys try la =)

READ INSPIRATIONAL BOOK.
Waktu aku rasa lost, waktu aku rasa semua benda macam salah, waktu tu lah aku paling banyak membaca. Do productive things in unproductive time..maksudnya, waktu-waktu yang tak productive kita should do something productive such as reading books, Quran, etc =)
Antara petunjuk yang aku dapat lepas aku solat istikharah..kat instagram je..mashaAllah, Allahuakbar!!

100 failures means thousandssss of success!! It is OK if we fail. But it is NOT OK if we let ourselves think that we are losers. Never treat yourself like a failure. You might want to take some time off, but never allow our mind to think negatively about our own self. That is totally gonna be a disaster. Avoid that. Always love ourselves no matter what..admit mistakes, correct them, and improve..

Tuesday, June 3, 2014

Suamiku Di Philipine

Bismillahirrahmanirrahim

Harini, 3 June 2014, jam 8.17pm di saat aku baru mula nak membebel kat blog ni, genap sudah 3 malam aku tak tidur sekatil dengan suamiku. Hahah. Bukan sebab gadoh. Tapi sebab suamiku keluar berjihad ke Philipine..First time in our 3 years of marriage kami berpisah lama macam ni. Sebelum ni paling lama x jumpa pun 2 malam je.. Baru aku faham pengorbanan isteri kepada pejuang-pejuang agama yang selalu keluar berbulan-bulan lamanya. Tabahnya hati diorang :') Ada lagi 9 malam untuk aku survive without my husband. Terpaksalah aku peluk si Yassir je kuat-kuat before tidur. Kahkahkah. Pengganti sementara.

Semalam husband aku update status ni:



Adoi. Confirm la aku yang baca ni sedih. Huhu. Tambah pulak ada entry baru kat blog my husband..


It is actually a business trip to Philipine. Total 12 hari la suamiku dan kawan-kawan herbalife kami yang lain bermusafir..belajar tentang system kelab nutrisi yang digunakan oleh Herbalife distributors di Philipine which has helped many of the distributors moved up to the next level in the marketing plan in only few years after the system being implemented. MashaAllah. Never stop learning, that's what successful people do. So we decided to go there and learn how to grow our business stronger using the nutrition club system.

Frankly memang bukan senang untuk aku setuju dengan pemergian abang ke sana. Because dalam keadaan aku yang sedang diuji dengan ujian kesihatan yang tak menentu sekarang, it's actually very hard for me to take over all the business activities by myself here without him. It's been 2 months since aku "cuti bergaji" hehe. 

So what's nutrition club? It's a place where people who loves good nutrition gather, having fun, being loved, sharing positive energy together..nanti aku buat satu entry khas untuk share pasal nutrition club ok? =)

Pengalaman kali ni membuatkan aku bertambah rasa bersyukur setiap pagi bila bangun tidur...sebab aku hanya perlu tinggal berjauhan dengan suami aku for 12 days. Masa ni la aku teringat kat kawan-kawan aku yang memang in long distance marriage. Betul-betul Allah kurniakan diorang semua hati yang kental. Bukan senang.. mashaAllah. Indeed, Allah takkan uji hamba-NYA dengan ujian yang tak mampu dipikul.

Doakan la aku kuat nak melalui lagi 9 hari tanpa suamiku di sisi. Huk huk. Baru je selesai calling2 dengan my husband using Facebook call. Its free! First time guna hehe. Alhamdulillah lepas rindu...ok dear readers, Yassir dah lending kt aku ni ha...ajak tidur. So, that means, I should...sleep! Heheh till then, bye! Assalamualaikum lovely people <3

Monday, June 2, 2014

Welcome To My New Blog :)

Bismillahirrahmanirrahim

Hai semua =)

Yep, it's my new blog. I have to close my previous blog www.atieyus.com due to safety reasons..tak sanggup nak delete sebab blog tu aku dah mula tulis sejak tahun 2008. Which is dah nak masuk usia 7 tahun dah. Tapi demi menjaga kemaslahatan bersama, aku tutup blog tu daripada public.. tak perlu lah tanya detail kenapa ek ;)

Anyway, harini terasa nak share tentang event paling best dalam bulan May 2014..alang-alang dah depan laptop ni, jom membebel jap hehe.

Singapore Extravaganza 2014 16-18 May 2014.

It's a business trip..kami ke Singapore untuk belajar lagi dan lagi bagaimana untuk menjadi better person, better coach, better Herbalife distributor, bersama-sama 22000 orang distributor yang lain dari seluruh Asia Pacific (except India because they have their own Extravaganza due to big number of distributors joining from their country).

Kali pertama kami menjadi "travel agent" untuk team kami sendiri. Pengurusan bas, hotel, semuanya kami handle sendiri, dan team kami bayar pakej masing-masing kepada kami je. Memang mencabar.. But we really learn a lot from the experience, alhamdulillah!! =)


This was my 4th Extravaganza and my husband's 5th Extravaganza..kali ni Extravaganza agak berbeza, sebab Herbalife launched #Herbalife24 dan #HerbalifeSKIN7..

What's #herbalife24?
It's a brand for healthy active lifestyle with Herbalife.Herbalife really wants to promote people to stay healthy, and active with nutrition and also active lifestyle. Because the rule is always 20% exercise 80% nutrition. Selama ni we as coaches pun selalu fikir cukup dah kami jaga 80% bab pemakanan dengan nutrisi seimbang terbaik didunia..tapi masih ramai yang tak mengamalkan 20% rule of exercising. Yela, kita masih rasa macam sihat walaupun tak exercise kan? Tapi kita tak perasan yang badan kita ni melalui proses penuaan since the age of 25.So we need to practice healthy ageing routine from now..(nasihatkan diri sendiri hehe).

So, what's #herbalifeskin7?

It's a new evolution of skin care products. Sekarang dah tak perlu susah payah guna different brand of skin care products utk muka kita masing-masing.because Herbalife has it ALL!! Dari cleanser,toner,scrub, eye gel,moisturizer, night cream,mask, line minimizing serum..




Yang bestnya Herbalife SKIN ni, on every product siap stated number..indicating the step by step way to use them =) ANDDDDDD...result is GUARANTEED in just 7 days!!!!


Seriously Herbalife tak pernah claim products boleh dpt result in 7 days...this is the first!!! So jangan lepaskan peluang untuk memiliki your own set of SKIN today!! =) SKIN is dermatologist tested..so inshaAllah it's suitable for all skin type.Tak sabarrrrr nak pakai SKIN =)

**kepada yang sedang menjalankan terapi dengan doktor, boleh rujuk doktor anda dulu ye.

#healthyactivelifestylewithherbalife
#iwanttobeahealthyprettymama

Bai!! Thank you for reading =)