Wednesday, December 7, 2016

Krabi Trip & Birthday Yasmin Khaira

Bismillahirrahmanirrahim.

Harini aku rasa nak back to blogging. My previous blog entry was dated 26 October 2015 😝 Lebih setahun berhenti blogging sebab aku rasa aku mengalami kesukaran menyesuaikan diri sebagai mak anak dua. Entah. Struggle nak dapatkan rasa 'satisfaction' dalam hati sebab most of my time hanya fokus kepada anak-anak. Aku rasa banyak moms yang mengalami isu yang sama. It's not that I am not happy with my life, bukan juga bermaksud aku tak bersyukur direzekikan anak-anak. Tapi rasa macam I was treating myself unfairly. Faham tak? πŸ˜‚ LOL korang tak faham takpe. Maybe juga aku sorang je yang rasa gitu. So it was like, aku try to find the solution everyday, and ed up aku tak blogging. Haha. Boleh terima ke alasan tu? πŸ˜… Now I am pregnant to my 3rd baby inshaAllah, lagi 7 minggu due. Hah! Nervous wey. Tak dapat bayang lagi how my life is going to be next year having 3 little ones seeking for my attention huhu. InshaAllah Atie bolehπŸ’ͺ

Harini, life aku alhamdulillah rasa macam tenang, Allah banyak mudahkan urusan2 aku. Aku lebih bijak dalam menguruskan diri sendiri tanpa mengabaikan anak-anak, husband, dan housechores. Aku banyak bagi peluang pada diri sendiri, banyak bagi masa pada diri sendiri bila aku perlu. And last week, aku decide untuk go for an adhoc vacay. Unplanned vacation.

KRABI TRIP

Entah macam mana, ada satu hari ni aku tengah stress+penat gila, sebab kerja business tak putus-putus, dalam keadaan aku dah 31 week pregnant, and masa aku tgh scroll FB, keluar pulak kat timeline sponsored ad Trip Jimat. Banyak betul pakej2 yang diorang offer pada harga macam terlebih murah lak aku tengok haha. Of course lah tertarik kan. Aku pun browse one by one pakej yang diorang offer, last2 aku terus whatsapp admin diorang. Soalan pertama aku: Ada tak trip yang available untuk I join this week or the soonest trip? LOL. Suka hati je kan. Alhamdulillah admin tu jawab: Ada next week Krabi trip 3D2N 2-4 December cik. Hah! Aku teruslah melompat kegirangan. Keesokan paginya aku terus bayar booking.

Dah nama pun unplanned, try cari flight, rasa macam hmmph mahal sangat lah pulak. So kitorang decide untuk naik bas je, lagipun my kids tak pernah naik bas for long distance travel. Kengkonon nak try lah huhu. But trust me, aku prefer naik flight πŸ˜‚ So pengajarannya, kalau nak vacation, plan awal2, tapi kalau memang jenis yang financially extremely strong time2 zaman Najibby ni boleh la kot last minute vacation tanpa perlu korbankan keselesaan dalam perjalanan. Hehe.

Setibanya di Krabi, kitorang sampai around 6petang gitu. Memang sampai tu terus melepak lah sebab berjam2 dah atas jalan dengan perut besar lagi. Malam tu lepas maghrib kitorang keluar dinner, and jalan-jalan di Aonang Walking Street afterwards. Kalau nak berurut kat sini, nak shopping souvenir ke, nak makan ke, kat sini OK lah. But a little bit pricey barang2 kat Aonang Walking Street ni. Ada tempat lain lagi best utk shopping dan makan2 murah.

2nd Day: Island Hopping, Snorkeling, Mandi Manda.

Ha ni memang main activity lah sebenarnya kalau datang Krabi ni. Actually if aku plan awal2 trip ni, aku akan spend 2 hari fokus utk island activities dan mandi manda je. After all, this is what Krabi all about kan. Datang sini 2 benda paling wajib buat: mandi manda dan makan. Hehe. Shopping kat sini takde benda pun, sama je mcm kat tempat lain.


Semua tak mandi pagi sebab nak masuk laut terus hehe

First kitorang naik boat, kitorang dibawa tour 7 islands. Sampai lah jugak kitorang ke Phi Phi Island dan Bora Island yang famous tu. Huhu. Memang cantik. Superb sangat. Laut dia subhanallah bersih!! Biruuuu je. Memang calming sangat bila dapat view macam ni. Kiri kanan pulau cantik2 MashaAllah. I wish I live here, boleh dapat view tenang mcm ni hari-hari. Seriously, inshaAllah emosi tak stabil terus automatik jadi stabil kalau datang sini sebab terlupa segala masalah dunia πŸ˜‚


Memang susah nak snap family pic sebab tengah2 laut kan, anak2 pun spesis yang tak boleh duduk diam LOL

With Kak Aznita, yang sudi melayan Khaira macam anak sendiri sepanjang trip Krabi ni. Time snorkeling pun akak ni tolong jagakan Khaira. MashaALlah


Mama Papa tak dapat buat posing mcm ni in public, so Khaira lah jadi mangsa haha





All in, dapat jelajah masuk gua lagi masa on the way nak sampai ke Pantai yang super terpinggir, super cantik super bersih. BEST!!




And kitorang nyanyikan lagu HAPPY BIRTHDAY to Khaira dalam laut haha. Xde kek lah ya sayang, kita snorkeling je 😝




Sampai je hotel, my kids apa lagi-terjun masuk swimming pool lah! Enjoy dengan geng abang-abang diorang tu πŸ’ƒ 

Petang tu siap2 kitorang ke7 Heaven. Tempat ni belum siap sepenuhnya, so macam tak lama pun kt sini sebab nothing much. Amek2 gambar je lah.







Malam pulak kitorang jalan-jalan kat Night Market. Syurga makanan sangatttt. What I can tell, orang Thailand ni sangat kreatif, especially bab makanan. Banyak betul jenis makanan yang menarik. Kitorang sebagai tourists yang datang memang terpaksa menyeksa perut lah. Sekali sekala kan haha.










Day-3: Elephant Trekking, Floating Market, balik 😭





kena usik dengan gajah haha





Next lepas settle Elephant Trekking, kitorang ke Floating Market pulak, di Hat Yai. Kat sini pun aim hanya makanan haha. 




Alhamdulillah sekian bebelan yang sangat panjang selepas setahun LOL. Now I am 33 week pregnant, means kena duk rumah diam2 no more jalan jauh2 lah (rasanya lah haha). Bagi aku, trip Krabi ni adalah satu trip yang berbaloi. Kitorang spend rasanya less than RM4000 je untuk 4 orang ni. Termasuk shopping baju2 nak jalan dan tiket bas pergi balik, serta duit minyak dan tol semua lah. Semuanya best except part yang berjam2 atas jalan, so my advice is NAIKLAH FLIGHT KE KRABI. Masa tak terbazir, dan badan tak penat. Hehe. Kbai!




Monday, October 26, 2015

Nusantara Coffee Scrub

Bismillahirrahmanirrahim.

Hai!

Cuba korang cek kulit badan korang, soft ke tak? Hehe. Tiba-tiba je kan. Actually harini dengan sepenuh ikhlas hatinya aku nak review sikit produk member aku, housemate time study kat Monash dulu..Nama dia Khairiyah. Nama produk dia ialah Nusantara Coffee Scrub.

Posing semata-mata nak blog.
Aku ni jenis yang memang particular about the products I use for my skin. Untuk urusan kulit muka memang aku tak ada guna benda lain lah kan selain dari #Skin7 product lines. Jatuh cinta sampai aku jadi obses dengan #skin7 bahahahah.

Ok anyway, about the coffee scrub, sumpah tak tipu memang best gila! Aku tengok kat page instagram diorang, memang boleh je nak apply coffee scrub ni kat muka. But aku pakai scrub ni onto my whole body. Bila korang buka je packet ni, bau dia memang semerbak kopi! Rasa nak kunyah je scrub tu haha. Aku bukan peminat coffee. Tapi aku peminat coffee house. Aku suka jenjalan lepak kat coffee house untuk try their hot chocolate. LOL. So aku memang suka the ambience of coffee houses. Because of the smell of coffee. Which sepatutnya aku rasa aku suka coffee.. tapi aku cuma tak suka minum kopi sebab very high caffeine (konon sihat sangat lah kan). Aku beli Nusantara Kofi ni sebab aku tahu ingredient yang Khairiyah ni guna memang 100% organic. So thats why aku berani nak try this coffee scrub.

One thing paling best bila aku apply coffee scrub ni ialah, bila aku apply kat armpit and tapak kaki. Kulit tapak kaki aku memang senang sangat cracked. Especially bila aku berjalan dalam rumah tak pakai selipar, tidur malam lupa apply lotion kat kaki, or any day yang aku dehydrated, tak cukup minum air. Memang lepas scrubbing about 2-3 minutes camtu, kulit tapak kaki aku immediately jadi soft sangat!

Aku suka apply this Nusantara Kofi waktu malam. Seminggu sekali aku akan ada me-time doing home spa. Aku akan duduk dalam toilet extra lama than usual, aku cuci muka, scrub muka dengan #skin7, pastu aku scrub my whole body with Nusantara Kofi. Keluar je dari toilet tu memang superb lah bau coffee semerbak! Husband aku suka coffee. He was addicted to caffeine long time ago masa belum start consume Herbalife..so memang dia akan sayang aku lebih la masa aku bau coffee tu! Bahahahahah (OK ni hal rumahtangga simpan dalam bilik!) LOL =p

So I highly recommend this product! Search kat Instagram: @nusantara.kofi. IG diorang banyak gambar-gambar attractive. Go and try it now! It's extremely cheap wey! RM28 je. Mana nak dpt 100% organic product dengan harga macam tu?



Ok nak tido dah. Bai.

Sunday, October 25, 2015

Robot Canggih!

Bismillahirrahmanirrahim.

Hai! :)

Harini Ahad. Semalam Sabtu. Eh! Esok dah Isnin. There you go..mesti ramai dah lemah longlai gemalai memikirkan esok dah kena mula kerja balik kan? Kehkehkeh. Nasib baik aku buat Herbalife. And business Ladyship pun tak adalah kena pergi office. Work from home je gittew.

Business paling best untuk mak-mak yang nak jaga sendiri anak korang, yang nak bebas bekerja dengan anak. (SUSAH, but WORTH EVERY HARDSHIP!)


Ok sebenarnya nak cerita pasal satu inovasi terbaru yang dihasilkan oleh saintis di Australia. It is a form of robot.. which they call it The Maid. Canggih wey. PARA SUAMI DISARANKAN MEMBELI ROBOT INI UNTUK HADIAHKAN KEPADA ISTERI ANDA. Memang confirm wife korang jatuh cinta sekali lagi kt korang!

In the morning, robot ni bangun around 8am, dia akan terus pergi basuh baju. Baju-baju biasa dia akan basuh guna mesen basuh lah..haha ni belum cukup canggih la. Bayangkan robot ni kengkonon ada mesen basuh dalam badan dia! WOah! HAHA. Baju-baju yang mcm kengkonon bulu-bulu, bling-bling, baju yang perlukan extra care dia akan buat hand wash. Normally sesi basuh baju dan sidai baju ni akan ambil masa sejam untuk siap..

Kemudian robot ni akan bersihkan dapur for around 15-25 minutes, depending on keluasan dapur rumah tersebut, dan berapa banyak pinggan mangkuk dalam sink yang belum dibasuh.

And then, robot ni akan ambil masa minimum around an hour untuk basuh halaman rumah. Basuh bukan sekadar jirus lantai dengan air sabun tau. Dia basuh tahap dewa punya sental.


Pastu, dia akan mandikan toddler and baby yang ada dalam rumah. YES! The Maid ni boleh mandikan baby!! Biasanya around 15 minutes per head, which kalau rumah aku, robot tu akan spend 30 minutes la untuk mandikan dan siapkan anak-anak aku.

Kemudian, robot ni akan menyapu seluruh rumah. Normally it takes one hour to two hour..tengoklah keluasan rumah jugak. Lepas dah sapu, dia akan mop lantai pulak..that will take about another hour..nak keringkan lagi kan..pastu dia akan basuh semua toilet. Normally rate nya ialah 30 minutes per toilet. Kalau without rest at all, kiranya all the above akan selesai around 1pm. Wah! Expressnyaaaa!


Ok jangan terkejut. The Maid ni boleh memasak jugakkk ohmaigod!! Around 1 pm tu dia boleh start memasak for lunch, kita google je resipi apa..dia akan follow. Kalau nak suruh The Maid ni suapkan anak2 kecik pun boleh. Memang gila canggih lah! Lepas makan, dia akan back to tugas membersihkan meja makan, menyapu, dan membersihkan dapur.

Lepas tu, kalau nak suruh buatkan susu anak-anak pun dia boleh buatkan. Kena set terus lah sukatan susu setiap anak tu camane.


Pastu, dah petang tu, baju yang dia sidai tadi dah kering kan, so dia akan angkat dan TERUS LIPAT DAN SUSUN!! Huwaaaa siapa yang taknakkkk robot ni?? Gila kau taknak?

The Maid

Korang balik kerja petang tu memang rumah dah kemas cantik rapi je! Korang pergi lah Youtube! Search The Maid Australian Robot. Memang canggih. Dah. Pergi search sekarang! Sebelum tu aku nak tanya! How much are you willing to pay for The Maid ni kalau korang ada peluang untuk menggajikan si robot ni? Go to You tube nowwwww.


.
.
.
.
Handsomenya dia ni =p HAHA TIBA TIBA.
.
.
.
.
Tak jumpa kat Youtube? Memanglah. The Maid tu aku saja reka cerita je sebenarnya! Bahahahahahahahambarrrr. (FINE!)Sekarang, kalau korang yang membaca ni adalah golongan suami, korang boleh bayangkan tak betapa isteri korang tu dah macam robot kat rumah. Aku faham, korang sebagai lelaki memang tak nampak benda yang terlalu detail, contohnya, kulat di sebalik paip di singki tandas, toilet bowl yang dah mula kekuningan mintak disental, dan sebagainya. Tapi percayalah, rumah korang bersih bukanlah terjadi secara AUTOMATIK! Tak ada mesen pun yang boleh tolong sentalkan sinki toilet, yang boleh tolong lipat dan susunkan baju, mandikan anak-anak, etc. Semua tu adalah kerja-kerja hanky panky yang memerlukan tenaga yang sangat banyak dan masa yang agak panjang untuk menjadi kenyataan.


So kalau tadi korang jawab korang sanggup bayar The Maid, apa kata korang hargai isteri korang instead...,boleh hadiahkan percutian di hotel best-best, bagi duit untuk isteri korang pergi salon, pergi shopping baju baru ke, kasut baru ke, pastu rajin2 lah peluk cium isteri korang tu. Hargai penat lelah dia kat rumah. Memang nampak dari mata kasar, korang rasa macam "ala..duduk rumah je kot". Tapi serius, aku bagitau terus terang eh. PENAT SANGAT kalau fokus menjalankan kerja-kerja surirumah ni. Kalau ada anak-anak kecik lagi lah dia punya tahap penat tu memang penat yang boleh jadi gila tau haha. But no worries, a hug can release all the stress in her. Trust me!

Aku ni kalau sehari laki aku tak usap kepala aku, cium aku dengan penuh kasih sayang, peluk aku, memang aku boleh stress. HAHA. Pentingnya sentuhan suami isteri! Dapat pahala lagi!

Kalau orang selalu cakap, isteri kena dapatkan redha suami. Bagi aku, seorang suami pun perlukan redha isteri, untuk berjaya. Isteri tu bukan robot. Bukan maid. Dia juga perlukan empowerment dari suami. Dia dah penat lelah fokuskan seluruh jiwa raga tenaga dan masa dia untuk keluarga, tugas Korang sebagai suami hanya perlu hargai dia je..tak susah pun, barulah isteri korang bersemangat setiap hari. Kalau communication fail, marriage will have problem. Kalau isteri kat rumah tu hati dia sentiasa simpan rasa tak puas hati, geram, marah, kecewa, kecil hati, dan sebagainya, tak mustahil kalau korang kerja kuat macam mana sekali pun, rezeki susah nak melekat. Nauzubillah. Sooooooooo, hargailah isteri korang ye? =D

I love you Abang. I am sorry that you are married to a "feminist". Lol. Kbai.


Tuesday, October 20, 2015

Macam Pakistan Jual Karpet

Bismillahirrahmanirrahim

Hai!

Sekarang ni ramai yang mesej aku nak mulakan bisnes sendiri. Nak buat online jugak. Nak start brand sendiri. Nak berhenti kerja, jaga anak kat rumah. Ada tu nak bisnes sebab nak cari backup sebab nak back up sebelum di-retrenced oleh company, due to bad economy.

Aku pening jugak nak jawab sebenarnya. Aku bukan buat full time online boutique ni. My own label: The Ladyship ni sebenarnya aku baru nak build, part time. Kalau u guys ask me, susah ke tak? Aku rasa better jangan risk your life HAHA. Business mana yang tak susah dek nonnn. For us, business Herbalife adalah business paling senang, paling ciput kos overhead, marketing cost, and paling tinggi return on investment. Tapi paling susah orang nak stay sebab business Herbalife memerlukan keikhlasan hati sepenuhnya, dan keinginan yang tinggi setinggi-tingginya untuk berjaya. Which is, kitorang pun take time nak build up ourselves untuk jadi orang yang layak berjaya dalam business Herbalife. Life is a constant learning process, kan? So chill lah :D Yang penting, HAVE YOU HAD YOUR SHAKE TODAY? Tak cool lah tak breakfast shake kehkehkeh.

ANyway, back to the online boutique. Sebenarnya bukanlah aku fokus 100% online je. Bila korang nak berhenti kerja, pastu nak start your own business, kalau setakat mengharapkan upload gambar kat internet, kat whatsapp groups, pastu mengharapkan orang respond, memang kim salam -.-" Especially kalau time baru nak start. Confirm down hoi. Duk rumah bagai turun bulan jatuh ke riba, tak jatuh-jatuh. So aku nak share sikit, apa yang aku belajar time aku pergi salah satu seminar haritu, tajuknya: HOW TO SELL 100 PIECES IN A DAY.

One of the ways is, jual cara Pakistan. Korang ingat tak, dulu-dulu Pakistan selalu merayau rumah ke rumah untuk jual kain. Kalau dalam drama-drama TV tu, selalu je ada babak suri rumah ni beli kain dari Pakistan yang jaja dari rumah ke rumah. Pastu, bukan bayar penuh terus..siap berhutang lagi. HAHA. "3 kali bayar pun tapa" kata si Pakistan tu.

So, aku pun dengan rendah diri dan terketar-ketar cuba mengaplikasikan ilmu yang aku pelajari dari seminar tu. Tu pun lepas sebulan baru aku dapat kekuatan nak apply ilmu ni. Huahua. Cuak dowh. Ada haritu aku berpeluang bawak pergi kedai makan sorang akak ni namanya Kak Leha, memang kenal rapat jugaklah. Asalnya nak pass baju untuk anak dia, anak dia dah siap-siap order dan transfer duit. Pastu aku bukak bonet kereta, jadi car boot sale terus kena serbu dengan kawan-kawan Kak Leha. Alhamdulillah. Hihi.

Semalam pun ada cerita, aku bawak sikit stok, letak dalam beg plastik besar, pergi jumpa kakak ipar aku kat Hotel Seri Malaysia..dia nak tolong promote kat kengkawan dia hehehe. Baik kan kakak ipar aku? Adik beradik husband aku memang so supportive like that u know. Alhamdulillah sangat..kalau nak kata stok yg aku buat sikit, memang tak lahh. Mana nak untung kalau produce sikit-sikit. Nak dapat harga kos per piece murah memang kena tempah berkayu-kayu kain..baru lah merasa sikit untung dari jualan sehelai baju. Memang selalunya habis jual dulu kat customer regular Ladyship..pastu sedara mara, kawan-kawan yang supportive, and lepas tu baru online customers. Rezeki Allah ni memang best. Hihi. Impressively, memang betul taktik ni boleh habis almostttt 100 helai in just one day! MashaAllah 😁


Nak bisnes, tak boleh nak berlagak macho bergaya sangat. Priority utama adalah kumpulkan data base customers dan pastikan mereka jatuh cinta dengan produk kita. Aku suka tanya customers apa yang aku perlu improve dari segi kualiti ke ape ke.. Kalau diorang nak bagi kritikan, terima! Sebab kita ni baru nak start business, memang banyakkk sangat cacat cela. Kalau tak betulkan dari awal, nanti dah lama dah jadi kematu, besar kepala..lama-lama customers lari. 

Ok sekian bebelan untuk hari ini. Korang jangan lupa, tolong like & follow:

  • www.infokurus.com
  • Facebook page: The Ladyship.co
  • Instagram: @theladyship.co
Thanks for reading! ;)

Monday, October 19, 2015

Vendeur Festival 6.0 Kuantan

Bismillahirrahmanirrahim


Hai!

Seems like local brands are taking over the local market in Malaysia. Sebelum ni, kita rasa macam tak feeling so good kan kalau beli local brands, maybe sebab marketing kurang poweer, tak ada artis yang pakai design from locals except yang famouse designers such as Rizalman,etc. Rasa bangga jugak sekarang tengok masyarakat Melayu dah ramai mula menembusi bidang perniagaan, kan? Terima kasih kepada sesiapa yang memperkenalkan konsep "online shop", sebab menyediakan alternatif kepada physical store untuk sellers dan shoppers. Kalau dulu, nak mulakan bisnes menjual sebarang produk, mesti kena serabut fikir kos kedai, deposit sewa, renovation, etc. Tapi sekarang tak perlu dah nak fikir benda tu semua. Nak bisnes? Beli stok, promote terus di Facebook/Instagram. Ada bajet lebih, buat website. Save cost.

Tahun 2015, jadi trend pulak event organizer yang mengambil peluang buat so-called online shop festival, di mana mereka menyediakan tapak jualan atau booth for the online sellers to market their products physically dalam festival yang dianjurkan tersebut. Wah. panjang ayat aku ha. Untuk my own label The Ladyship, kitorang pernah join few festivals, but I would say, I am satisfied with this one: Vendeur Festival.


Gigih tu ha dua orang 'lelaki' kena tolong set up kan booth hehe

Tak kira apa musim sekali pun, kalau buka booth, Jubah Beatrice memang laku keras tahap mabuk punya. Alhamdulillah


Korang ada lagi ke yang belum grab Kayla Kaftan ni? Superb gojes tau. Rare!


The team <3

Duduk booth Vendeur Festival memang busy memanjang alhamdulillah crowd tak putus-putus dari pagi sampai ke malam. 


Dah siap packing barang nak balik Ahamdulillah sales terbaikkk mashaAllah!

Nak join buka booth ni bukan senang sebenarnya. Penat dia, tak terkata. Tapi for me, it's good utk online sellers kekalkan momentum business. Yelah, kalau syok buat online je, kadang tu kita rasa kita dah cukup bagus kan. Hari-hari ada berplastik-plastik postage. Tapi perlu juga kita open up to other sellers, belajar macam mana diorang berbusiness, boleh jugak belajar juga dari kesilapan diorang..

Perlu ke masuk semua festival online shop yang ada? 
My answer, kena tengok timing, tempat, dan organizer. Aku pernah join satu blogshop festival ni, kat tengah-tengah KL (Dataran Medan Pasar). Sewa booth RM300 for two days. Crowd mashaAllah ramai sungguh! Tapi... 90% orang asing such as Nepal, Bangla, mat saleh, Jepun, dan sebagainya. Stresssss. Haha. Sale? RM60 -.-"

Tapi aku belajar banyak lah dari pengalaman lepas dah rugi banyak kat festival tu. My conclusion is, join booth waktu betul2 orang baru dapat gaji (kalau dah lebih seminggu orang dpt gaji, pun maybe sales suam-suam kuku), tempat pulak kena tengok pendapatan per kapita masyarakat situ. Means, oorang-orang kat tempat nak buka booth tu mampu atau tidak beli produk kita. Next, tengok organizer. Setakat ni aku paling trust Vendeur Festival. 

Target next: nak join jadi vendor di Mood Republik pulak. Tak pernah ada vacant booth lagi since aku start online boutique ni. Tolong doakan aku dapat join MR ni ok? Sebab dengar cite, sales boleh cecah 10 kali ganda dari Vendeur Festival :o

Jom doa yang baik-baik untuk diri sendiri dan untuk semua orang :)
Salam Isya'

Wednesday, October 14, 2015

Memang Babi Betul La!

Bismillahirrahmanirrahim


Hai :D It's been a while, isn't it? Been very busy, and I thought blog is no longer a relevant platform to bebel anymore. I thought I could just 'blog' through my instagram profile. But akhirnya, aku tak tau nak tulis apa pun kat instagram HAHA.

Anyway, about the tajuk..hehe saja buat gempak. Tapi memang betul pun, aku terlanggar babi. And yes, MEMANG BABI BETUL :( Gemok sangatttt! Gemok yang tahap kereta aku kemek, bumper pecah, plat number tercabut pecah berderai, tapi babi tu tak mati pon :(


Kejadian berlaku around 4 pagi. We were taking turn driving from Melaka-Kuantan, masa babi tu melintas, aku pulak yg driving -.-" Panic lah ape lagi! Lepas terlanggar tu, aku menggigil teruk, serius! Terkejut babi wey. Terkeluar la jugak air mata aku masa tu.

Takpelah, benda dah nak jadi kan. Alhamdulillah kereta masih boleh bergerak, so kami pun teruskan perjalanan sampai ke rumah kakakku, untuk tidur. Esoknya, dalam perjalanan from the house ke Sultan Ahmad Shah International Convention Center utk set up booth for Vendeur Festival, ada pula sebuah kereta ni masuk simpang time kitorang tengah straight laju, memang terus la kena dengan kitorang "Eeeeee dia ni! Macam babi betullah! HAHA". Bukan berniat nak mencarut, tapi lepas kejadian accident tu baru lah kitorang faham the rational behind carutan menggunakan perkataan "babi" tu hahahaha. Sebenarnya dalam hati ni, frust sebab kereta kitorang dah kemek, tak cantik, and yet kena tunggu balik Melaka baru dapat repair. So we make fun lah, of the car yang sesuka hati je masuk simpang tak reti nak pandang kiri kanan. So korang, kalau korang masuk simpang tak tunggu jalan clear, get ready je lah ye sebab mungkin korang pun akan dicaruti sebegitu LOL.

Ok Khaira dah nanges. Bai.

Wednesday, July 8, 2015

Truth About Being A Work From Home Mother


Bismillahirrahmanirrahim.

Umur aku 26 tahun. And I have 2 kids so far alhamdulillah, A 3 year-old boy, and a 6 month-old baby girl. I am not a housewife. I am a work-from-home Mama.

Aku pernah praktikal sebulan di TM Bangsar during my university years. Masa tu aku kerja tak dapat gaji pun. But I earned the experience. Merasa la jugak ada cubicle sendiri dalam office, merasa bergaul dengan colleagues..merasa ada boss, merasa lah playing truant during office hour LOL. (Ada this one Friday I sneaked out lari jap pergi Herbalife HQ naik LRT from Bangsar. and definitely aku merasa pengalaman menggunakan Wifi office untuk tengok tonton.com.my. LOL)

Selain tu aku juga pernah experienced bekerja sebagai guru ganti sekolah rendah for like, 7 weeks. Pagi-pagi sharp at 7am I will have to report to the office, submit my "Buku Rancangan Mengajar" di meja kerani, and ikut time table yang ditetapkan, masuk kelas yang aku perlu mengajar menggantikan guru yang aku ganti mengikut jadual. And aku gunakan kesempatan keberadaan aku di sekolah tu untuk berkawan dengan cikgu-cikgu kat sekolah tu.

And that was the only WORKING experiences I ever had as for today. Itu pun zaman anak dara. Lepas kahwin, memang aku tak pernah bekerja dengan sesiapa except being my own boss.

Since aku terus pregnant (read: bunting pelamin) lepas nikah, which 10 bulan selepas aku bernikah dengan husband, aku terus dapat title MAMA. Aku habis belajar more or less 6 months selepas tarikh aku bernikah. Aku mula membina empayar perniagaan aku bersama suami lebih kurang 1 tahun sebelum kami bernikah. Dan sejurus selepas kami bernikah, suami aku memang totally berniaga bersama-sama dengan aku, kami memilih untuk mencapai cita-cita dan impian kami melalui perniagaan, dan perniagaan pertama yang kami pilih untuk jalankan secara serius adalah Herbalife. So lepas aku habis study, dalam keadaan aku pregnant, aku memang terus decide untuk teruskan berniaga dan tidak memilih untuk bekerja dengan mana-mana syarikat.

Lahirnya anak pertama kami, Muhammad Yassir, everything was fun, and still under control. Aku memilih untuk breastfeed my baby, dan aku tak pernah hantar my baby kat mana-mana babysitter. Masa tu memang tekad, aku nak jaga semua anak-anak aku sendiri, breastfeed, didik mereka semua dari rumah. Lepas 2 tahun ++, aku pregnant with my 2nd baby, which today SHE is almost 7 months old, named Yasmin Khaira.

Yassir sekarang 3 tahun 2 bulan. Aku tak ada orang gaji atau pun baby sitter. Aku tak ada peluang untuk hantar anak aku hari-hari kat rumah parents macam some of working mothers kat luar sana. My parents both are still working, and my in laws tinggal di negeri lain, so I have to take care of my two kids sendiri. Aku pernah cuba hantar Muhammad Yassir ke taska, he ended up having higher temper of tantrum after a month dihantar ke taska.

I always wish I am a fulltime housewife. Hakikatnya, I am not. LOL. Fulltime housewife is, a wife yang tak perlu keluar rumah untuk menyalurkan tenaga selain dari mendidik anak-anak, pampering husband, and out for salon, shopping or catching up with friends. Aku? Selain melakukan kerja-kerja rumah, aku juga perlu keluar untuk jumpa client, pos barang customers yang order online, buka booth here and there, usaha untuk mencari rezeki for my family, bawak anak ke playground, menyusukan my baby Khaira, drive with 2 kids, dan banyak lagi tugasan yang aku perlu lakukan setiap hari.

Suasana semasa melipat baju. Kalau tak tidur, lagi mencabar, Macam- macam gaya aku kena buat untuk melipat baju sebab budak bertuah ni suka benau memanjat badan aku. Proses melipat baju yang sepatutnya selesai 2 jam, sekarang 2 hari pun belum tentu settle -.-"


Everyday I ask myself. "Macam mana aku nak handle myself with 6 kids nanti? LOL"

Manusia, maybe because memang Allah dah ciptakan manusia, selalu tak berpuas hati dengan apa yang kita ada. Kita selalu nak apa yang orang lain ada. Padahal sebenarnya orang lain nak sangat dengan apa yang kita ada. Sebab tu kita sebagai manusia perlu sentiasa saling ingat mengingati, agar kita semua masing-masing sentiasa bersyukur dan redha, Allah bagi kita cukup sebenarnya sentiasa untuk kita, walaupun kita rasa kita tak dapat cukup. Sebab tu Allah suruh kita sentiasa berusaha, usaha dan usaha.

And everytime I saw friends kat Facebook up status macam sedih sebab anak demam and dia tak dapat cuti, terpaksa utamakan kerja daripada anak in certain situation, sedih terpaksa pas tanggungjawab anak kepada pengasuh, etc etc.. aku faham perasaan tu, and waktu tu aku sangat bersyukur sebab aku tak perlu akur dengan telunjuk orang lain, aku bebas nak bagi perhatian kat anak-anak aku terutamanya saat-saat mereka betul2 memang memerlukan perhatian seorang ibu. Alhamdulillah.

But let me tell u dear work-from-cubicle moms. Aku percaya korang mesti akan rasa macam best gila kalau dapat kerja bersama anak-anak. Kan? Siapa tak nak haha. Ok jom imagine yourself in these situations:

1. Aku, husband, my baby Khaira dan my son Muhammad Yassir bersama-sama di dalam kereta, on the way bertemu dengan client untuk business presentation, both of us dah pakai smart, dan bersemangat waja nak buat closing, pastu si anak yang 3 tahun ni TIBA TIBA TANTRUM dari dalam kereta. Masa tu dia nak handphone kita (read: kami sedang on the phone dengan clients), menjerit sekuat hati dia, tarik tudung, baju, tumpahkan air, and masa tu, boleh ke bayangkan emosi kami berdua as parents? Lagi 5 minit nak sampai tempat client............

2. Dah sampai tempat clients, plan asalnya aku yang patut present to the clients sebab tu semua perempuan which the husband mintak tolong aku present supaya the clients rasa close and selesa untuk bercakap, tiba-tiba waktu tu si baby terjaga disebabkan suara abangnya yang sangat kuat due to tantrum, and of course the baby demand susu. And the client is just right in front of your car. Plan yang asalnya Mama should present, in the end husband yang kena keluar sorang-sorang buat presentation. (Baik kita 3 orang duduk rumah je kalau macam tu betul tak? LOL). Agak-agak apa korang akan buat kat anak 3 tahun tu? Dalam imaginasi seorang ibu, rasa macam nak tampar, nak sebat, semua ada..sebab geram punya pasal. Tapi Iman dan kasih sayang masih tebal dalam diri, so SABAR jelah yang mampu aku lakukan. Haha.

 3. Di butik, time ada customers datang nak shopping, anak kau yang 3 tahun tu keluarkan segala jenis toys yang dia ada, lambakkan kat lantai butik, ajak customers main lawan-lawan (dia bayangkan diri dia Spiderman), pastu tiba-tiba customer tu kena sebiji tumbukan. Agak-agak lepas customer tu balik, apa korang akan buat kat anak 3 tahun ni?

4. Bangun pagi, masak macam-macam, pastu anak 3 tahun ni liat betul nak bangun makan, mandi. Pastu aku ada appointment in 2 hours time, pastu anak 3 tahun ni end up bangun tidur 45 minit sebelum waktu appointment. Last-last makanan yang dah siap masak kena bungkus masuk mangkuk tingkat, aku yang dah pakai cun-cun kena mandi lagi sekali sebab dah peluh-peluh berperang dengan tantrum si anak (anak aku memang akan melalak kuat gila bila bangun tidur tanpa sebab LOL) nak suh dia mandi. Sungguh, tak mudah menjadi ibu yang bekerja dari rumah sambil uruskan anak-anak. Haha.

Ruang antara mereka berdua ni adalah ruang untuk aku tidur. Ye, lebarnya 6 inci. Alhamdulillah, #syukurselalu LOL

Serius. masa saat saat kecemasan memang aku selalu bayangkan kawan-kawan yang memang rutinnya pagi-pagi dah hantar anak ke rumah pengasuh, and diorang boleh kerja dengan tenang (walaupun dalam keadaan asyik rindu anak). Masa anak aku sakit, aku selalu bersyukur sebab aku boleh berada dengan diorang waktu diorang memerlukan.

Konklusinya, kita cuma perlu bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Jom sama-sama bersyukur dengan kehidupan yang Allah dah beri pada kita sekarang. Pastu kalau kita rasa kita tak puas hati, kita cuma perlu usaha sehabis mungkin untuk kita dapat kehidupan yang kita mahukan. Aku pun manusia. Kadang-kadang aku pun mengeluh. Aku pun selalu diuji dengan rasa iri, iri dengan apa yang orang lain miliki. Tapi cepat-cepatlah istighfar setiap kali perasaan tak elok macam tu melintas dalam hati. Kalau kita nak lebih, kita kena didik diri kita rasa GEMBIRA tengok orang lain dapat lebih.

One of the wealth principle listed in the book Secrets of the Millionaire Mind by T.Harv Eker:

"Bless that which you want" --Huna philosophy

Meh aku quote sikit explaination T.H.Eker:
You have to realize that if you view rich people as bad in any way, shape, or form, and you want to be a good person, then you can never be rich. It's impossible. How can you be something you despise?
Practice the Huna philosophy. Drive around and buy magazines, look at beautiful homes, gorgeous cars, and read about successful businesses. Whatever you see that you like, bless it, and bless the owners or the people involved.

Same goes to us, all mothers. Kita perlu berusaha untuk tahu apa yang kita nak, apa yang kita suka. Kita suka kebebasan yang kita dapat semasa bekerja? Atau kita suka melihat anak-anak membesar dengan hasil didikan kita sendiri sepanjang masa depan mata? Pilih. Once we decided, kita perlu belajar untuk redha dengan setiap satu cabaran yang kita hadapi along the way. Either way pun ada pros and cons. Kita cuma perlu #syukurselalu. Hoyeah!

Dah nak raya! Ingat raya, Ingat #laylatulqadr. Ingat Raya, Ingat The Ladyship! Ingat Raya, Ingat Herbalife! Maintain kurus sampai bila-bila! Nah belanja gambar our latest design. Have a good day peeps!


Jemput follow instagram @theladyship.co :)