Good morning healthy and pretty world :) Alhamdulillah, let's be grateful for everything that we still have today. Kita masih boleh bernafas, boleh melihat keindahan dunia, boleh bekerja, dan masih boleh berfikir. Kalau semalam ada antara nikmat kita yang Allah tarik, just remember, Allah did that because that's what's best for us yesterday. Mungkin jika kita masih diberikan nikmat yang kita sangka baik untuk kita semalam, banyak perkara buruk yang di luar jangkaan kita akan berlaku terhadap kita in the future, we just never know because Allah is indeed the best planner and Allah knows EVERYTHING.
Cuba kita lihat penduduk bumi Gaza..
Source: google image
Sampai tak sanggup nak pilih gambar mana. Aku printscreen je dari result google image. Look at them. Their children are killed heartlessly.
Dalam Islam, kita diajar dilarang menyentuh,mencederakan, apatah lagi membunuh 3 golongan ini: Kanak-kanak, wanita, dan orang tua.
But shockingly, in Israel, the mother and the children are the ones who should be killed first because they are so-called 'terrorist'.
Siapakah terrorist yang sebenar?
Penindasan dan serangan kejam Israel terhadap rakyat Gaza hari ini bukanlah yang pertama kali. Tapi impressively, rakyat Gaza langsung tak goyah iman mereka. This is what we call as faith. Orang yang beriman pasti akan diuji. Kalau kita mengaku kita beriman, kita perlu turut beriman bahawa kita pasti akan diuji!!
Kalau nak dibandingkan keperitan, kesakitan, kesusahan mereka di Gaza dengan 'kesusahan' kita kat Malaysia ni, rasa macam malu pun ada. Apa je ujian yang Allah bagi kat kita? Business not doing well? Sales kurang? Boss tak bagi cuti raya? Tak cukup duit nak bayar komitment rumah dan kereta? Tak cukup duit nak beli ubat di klinik untuk anak kita yang demam? Hutang keliling pinggang, tak mampu nak bayar?
Allah :(
Tapi sebaliknya, ramai antara kita, bila diuji sikit, kita always question Allah instead of ourselves. Kenapa kau uji aku macam ni ya Allah? Kenapa kau uji aku sekarang? Kau tak nampak ke aku dah sedia susah, kenapa Kau susahkan aku lagi ya Allah?
Malu :(
Rakyat Gaza diuji dengan kematian, kesempitan, ugutan, keganasan, peperangan, dan macam-macam lagi. And kalau nak diikutkan merekalah yang paling layak untuk give up dengan masa depan mereka dan negara mereka. But yet, tak ada langsung tanda-tanda seperti mereka akan give up with their life and their future. Mereka menangis meraung, tapi kita masih boleh lihat dalam mata mereka, semangat dan kekentalan mereka, mata mereka seolah-olah menceritakan bahawa mereka akan pastikan mereka tetap menang! Tidak kira di dunia atau di akhirat, mereka seolah-olah berikrar bahawa mereka akan menang!
Tersentap dengan status Facebook yang dikongsi di page seorang teman, Kak Hasiba Kamarudin.. Semoga kita bukan sekadar menjadi Facebook warrior, setiap hari berkongsi gambar dan status-status update tentang Gaza, tetapi masih berkira duit untuk beli juadah berbuka, masih bersenang lenang di rumah dengan alasan puasa dan panas, padahal mereka di sana tak merasa panas matahari pun..hanya panas api dan bom oleh zionis laknatullah. #muhasabah
Kerna Kau Tak Merasa
Saya baru pulang dari Hospital Shifa' melawat ahli keluarga Batsh yang serangan Zionis ke atas rumah mereka mengorbankan 18 ahli keluarga sekaligus dan mencederakan lebih daripada 45 orang. 4 daripada mereka masih di dalam hospital - 2 di ICU. Bersama saya sedikit wang bantuan pembaca yang dikhususkan untuk mereka. Tetapi tatkala bercakap dengan ketua keluarga mereka, saya te...rsentap; yang rumah mereka musnah dan terpaksa merempat seramai 24 buah keluarga - bantuan yang saya bawa hanya sekelumit, kalau dibahagikan mungkin cukup untuk digunakan sehari sahaja.
Kadang mengalir airmata
Kerna kudrat secebis cuma
Cuba membantu tidak berdaya
Hanya memberi secubit yang ada
Terlalu sedikit tidak bermakna
Semalam saya ke selatan Gaza, ke Khan Younis, menziarahi beberapa buah rumah yang musnah dibom Zionis. Sisa-sisa buku dan mainan anak-anak bertaburan, malah ada rumah flat tiga tingkat yang menjadi rata separas bumi kerana dibedil berkali-kali. Mangsa tinggal di dalam stor, duduk bersama keluarga, hidup seadanya menanti perang tamat untuk membina semula kehidupan.
Kadang mengalir airmata
Di kiri kanan insan sengsara,
Mengalir darah, berparut luka
Anak piatu, isteri menjanda
Segala musnah sekelip mata
Setiap kali pulang ke rumah dan terjelepuk letih, perkara pertama yang saya lakukan ialah menghantar Whatsapp kepada bendahari, bertanyakan berapa baki wang di dalam akaun, dan membuka 'laptop', mengharap kalau-kalau ada masuk 'emel ceria', emel makluman transaksi yang dihantar penyumbang. Sumbangan merangkak masuk, sedikit demi sedikit, tidak akan pernah cukup untuk membantu mereka yang merana.
Kadang mengalir airmata
Ramai berkata seolah merasa
Tetapi menyumbang berdoa tiada
Takut tak cukup untuk beraya
Bimbang habis bajet berbuka
Sebelum perang saya duduk bersama seorang pengerusi NGO, beliau menyatakan kekecewaannya kerana sumbangan yang datang untuk keluarga miskin, untuk anak yatim, untuk pegawai kerajaan yang menjadi papa kerana tidak mampu dibayar gaji mereka, terlalu sedikit. Beliau berputus asa, menyatakan hasratnya meletakkan jawatan kerana kewujudannya sia-sia. Kini saya merasa seperti dia. Saya berhasrat berkorban jiwa agar mungkin akhirnya, rakyat Malaysia akan lebih cakna.
Kadang mengalir airmata
Tidak cukup menjentik jiwa
Lama diulit selesa dunia
Wahai Tuhan tariklah nyawa
Agar mata mereka terbuka.
Nadir Al-Nuri, From Gaza With Love.
16 Julai 2014.
p/s : Sumbanglah walau sedikit, demi Allah mereka memerlukannya. Bank in sumbangan ke akaun CIMB 7600809829 atas nama Umm Salamah binti Ahmad Shah dengan label 'Nyawa Nadir', makluman/pertanyaan melalui emel bazarramadhangaza@gmail.com, atau Whatsapp +60195004911.