Friday, December 19, 2014

Pengalaman Mengandung 3 Kali Dalam 3 Tahun

Bismillahirrahmanirrahim.

Woah, macam "aktif" nau nau je bunyinya tajuk tu! Haha. But itulah experience aku. Aku berkahwin dengan Abang pada bulan Julai 2011, dan harini dah December 2014. Which means it's already 3 years and 5 months approximately.

Aku mengandungkan anak sulungku Muhammad Yassir (whom we called as Acir, if you're new reader here hehe) right after we got married. Bunting pelamin! hihu. Pastu, masa umur Yassir 1 tahun 6 bulan, mashaAllah Allah rezekikan lagi kami good news, which aku kandungkan anak kedua...

Yassir semasa berusia 1 tahun 4 bulan, di Melbourne City.

Tapi kandungan tu bertahan dalam rahim aku for 2 months je. Alhamdulillah, sempat bernyawa. Alhamdulillah, ada salah satu daripada anak-anak aku dah tunggu aku di syurga. Sedih sebenarnya. Tapi aku tak give up. Aku pujuk diri aku untuk pandang perkara tu dari sudut positif. "Anak aku dekat syurga, anak aku dah kat syurga." Monolog aku dengan diri sendiri. Berperang kot dengan perasaan sedih n kecewa waktu tu.

Waktu dapat tahu aku keguguran tu, Yassir masih lagi breastfeed. Allah knows best. Dalam keadaan agak belum bersedia untuk melahirkan anak kedua sebab masih fokus menyusukan dan memberi kasih sayang pada Yassir, Allah hantar ujian. So disebabkan aku cam sedih gila time dapat tahu aku keguguran tu, kami pun berusaha untuk putuskan susu dari Yassir. Menangis-nangis kot. Yelah sebab selama ni Yassir nak tidur mesti kena susu dulu. Tiba-tiba dia kena tidur sendiri. Macam-macam cara aku buat. Cara paling berkesan adalah letak garam. Lepas 3-4 hari dia cuba nak menyusu asyik rasa garam je, last2 dia pun give up haha.

Then baru kami bersedia. Alhamdulillah after 3 months, Allah kurniakan lagi sekali good news to us. Kandungan ketiga :)

Yes aku memang sangat2 amat2 happy to know that I was pregnant. But rupanya dalam kegembiraan tu, ada trauma behaind it. Trauma keguguran. Yes, aku tak sedar benda tu sampailah lepas aku bersalin. Baru aku sedar.

40 weeks of my 3rd pregnancy, I was actually in a traumatic state without anyone realizing it, not even me. Huhu. The first trimester aku ended up banyak gila stay kat rumah. Masa tu memang ada morning sickness yang agak teruk..sampai ke petang aku muntah2. Aku tak boleh kena cahaya matahari, aku akan loya n pitam. Badan aku tak fir macam sebelumnya. Aku kurang semangat, kurang motivasi utk move forward. My life was filled with worries, and more worries. Sedih kan. Baru sekarang aku sedar. Jauhnya aku dengan Allah waktu tu :(

Aku punya risau, sampai masuk 2nd trimester baru aku berani nak travel semula. There you go, I started travelling here and there again, I started being active again..and masa ni jugaklah aku mula set up my 2nd business, The Ladyship.co (Boutique & Cafe). Punyalah semangat buka business baru, aku diuji lagi sekali. Aku diuji pulak kali ni dengan THREATENED PREMATURED LABOR masa usia kandungan aku 27 minggu. Contraction yg sakit sangat every 5 min, dan blood show. Masa gugur haritu pun sama gak keluar blood show. Trauma lagi.



Terus aku takut nak bergerak aktif. Aku nak baby ni selamat. I can't face another loss. Ketat-ketat aku doa kat Allah, and ketat-ketat aku jaga kandungan ni. Huhu. Duduk rumah je. Takut nak buat kerja lasak. I wasn't sure whether aku memang tak mampu do heavy work or I was actually over-worried.

Bermula kembali fasa duduk rumah...until kandungan aku masuk 38 minggu. Barulah kerisauan aku mula pudar. I started travelling again. Reaching 40 weeks, my due date....


MASIH TIADA TANDA-TANDA UNTUK BERSALIN. Hahah!

Amek kau. Risau sangat. Last-last baby tak nak keluar terus. Haha. My EDD was 30 November 2014. Aku melahirkan pd 3 December 2014. Aku admitted hospital since 1 Dec. Actually bukan sbb ada signal. Tapi sebab nasib kurang baik, doctor yang cek aku ternampak ada 'contraction' masa dia tgh buat ultrasound. Aku mmg confident 200% that it was actually Braxton Hicks. Stress gila masa doctor suruh siap2 masuk ward tu argh! So aku pun redha dan pasrah jelah ikut cakap doctor. Tapi yang aku kurang redha adalah, doctor bukakan jalan. Lepas 1 cm, dia buka lagi jadi 2cm. Pastu dia tgk lepas sehari tak ada perubahan, dia buka lagi jadi 3 cm, and after about more than 8 hours still xde perubahan, dia bukakan lagi jadi 4cm n pecahkan air ketuban. Aku dah lah tgh stress sebab kena duduk ward walhal xde sign nak bersalin pun. Pastu aku stress la jugak fikir baby ni bila nak keluar. Pastu doctor tambah lagi stress aku dgn bukakan jalan. Huhu. Ended up aku masuk labor room dalam keadaan tak bersedia, lapar, kurang tenaga...


So ended up by the time contraction mula menyerang minute after minute, aku dah tak mampu nak push. Aku cuma rasa nak tidur je waktu tu. Dalam hati teringin nak mintak diorang bawakkan milo, dengan nasi putih lauk daging paprik. Hahaha. Lapar gila, serious...hypo tau. aku menggigil macam seolah-olah aku berada di Mount Baw Baw dulu haha. Bidan dalam labor room tu 2 orang tolong tekan perut aku without aku push. Wallahi aku tak ada tenaga masa tu, tak ada orang percaya. Aku menangis kot haha.

Kepala baby dah almost keluar, so apa lagi? Aku pun cuba push jugak dalam tidur! Tapi apakan daya, bank energy aku tak cukup untuk tolak baby keluar secara sepenuhnya...dan aku dah macam nak putus nafas dah waktu tu. Doctor pun "BANTU" aku dengan cara menggunting jalan untuk keluarkan baby. Huwa sakit :'( :'( And finally, the baby's safely delivered!! MashaAllah, Allahuakbar! Alhamdulillah.

Kalau dulu pengalaman bersalin Muhammad Yassir, lepas baby dah keluar aku boleh terus lelap. Kali ni tak. Aku kena sambung lagi perjuangan...KENA JAHIT! Huahuahua. Dalam keadaan sedar, memang takleh blah sakit dia. Lepas siap jahit, aku betul2 menangis teresak2 kat dalam labor room tu. HAHA. Malu gak lah time tu. Tapi aku terpaksa mengadu gak kat nurse tu, yang AKU LAPAR. Hahahaha. Alhamdulillah, nurse hantar air milo panas dengan biskut. Aku pun makan sambil air mata aku berjurai2, satu badan menggigil hypo.

Alhamdulillah for the wonderful experience!! 1 tahun yang full of ups and downs, and mostly berkait rapat dengan isu kesihatan aku. Ya Allah, seksanya kalau sekali Allah dah tarik nikmat sihat, time tu memang you wish you had spent all your money to be healthy. Tapi sebenarnya, Allah yang MAHA KUASA. Kita mungkin dah berusaha sebaik mungkin, tapi bila Allah dah kata "KUN, FAYAKUN"!

3 December 2014, 12.15am, puteriku dilahirkan.
Yasmin Khaira binti Yussamir.

Cukup dah 2 orang, sepasang. Alhamdulillah. Now focus utk breastfeed dan manjakan anak-anak, didik mereka untuk jadi Mukmin bertaqwa. Tolong doakan. Aku dah decide untuk rehat dari labor room for at least, 4 years. Hehe. InshaAllah lepas Yasmin dah cukup besar, then I am going to prepare for our 3rd child pulak hihi. Semoga Allah redha dengan perancangan ni, dan semoga Allah tunjukkan yang terbaik. Ameen.

Thank you for reading! ;)