Umur aku 26 tahun. And I have 2 kids so far alhamdulillah, A 3 year-old boy, and a 6 month-old baby girl. I am not a housewife. I am a work-from-home Mama.
Aku pernah praktikal sebulan di TM Bangsar during my university years. Masa tu aku kerja tak dapat gaji pun. But I earned the experience. Merasa la jugak ada cubicle sendiri dalam office, merasa bergaul dengan colleagues..merasa ada boss, merasa lah playing truant during office hour LOL. (Ada this one Friday I sneaked out lari jap pergi Herbalife HQ naik LRT from Bangsar. and definitely aku merasa pengalaman menggunakan Wifi office untuk tengok tonton.com.my. LOL)
Selain tu aku juga pernah experienced bekerja sebagai guru ganti sekolah rendah for like, 7 weeks. Pagi-pagi sharp at 7am I will have to report to the office, submit my "Buku Rancangan Mengajar" di meja kerani, and ikut time table yang ditetapkan, masuk kelas yang aku perlu mengajar menggantikan guru yang aku ganti mengikut jadual. And aku gunakan kesempatan keberadaan aku di sekolah tu untuk berkawan dengan cikgu-cikgu kat sekolah tu.
And that was the only WORKING experiences I ever had as for today. Itu pun zaman anak dara. Lepas kahwin, memang aku tak pernah bekerja dengan sesiapa except being my own boss.
Since aku terus pregnant (read: bunting pelamin) lepas nikah, which 10 bulan selepas aku bernikah dengan husband, aku terus dapat title MAMA. Aku habis belajar more or less 6 months selepas tarikh aku bernikah. Aku mula membina empayar perniagaan aku bersama suami lebih kurang 1 tahun sebelum kami bernikah. Dan sejurus selepas kami bernikah, suami aku memang totally berniaga bersama-sama dengan aku, kami memilih untuk mencapai cita-cita dan impian kami melalui perniagaan, dan perniagaan pertama yang kami pilih untuk jalankan secara serius adalah Herbalife. So lepas aku habis study, dalam keadaan aku pregnant, aku memang terus decide untuk teruskan berniaga dan tidak memilih untuk bekerja dengan mana-mana syarikat.
Lahirnya anak pertama kami, Muhammad Yassir, everything was fun, and still under control. Aku memilih untuk breastfeed my baby, dan aku tak pernah hantar my baby kat mana-mana babysitter. Masa tu memang tekad, aku nak jaga semua anak-anak aku sendiri, breastfeed, didik mereka semua dari rumah. Lepas 2 tahun ++, aku pregnant with my 2nd baby, which today SHE is almost 7 months old, named Yasmin Khaira.
Yassir sekarang 3 tahun 2 bulan. Aku tak ada orang gaji atau pun baby sitter. Aku tak ada peluang untuk hantar anak aku hari-hari kat rumah parents macam some of working mothers kat luar sana. My parents both are still working, and my in laws tinggal di negeri lain, so I have to take care of my two kids sendiri. Aku pernah cuba hantar Muhammad Yassir ke taska, he ended up having higher temper of tantrum after a month dihantar ke taska.
I always wish I am a fulltime housewife. Hakikatnya, I am not. LOL. Fulltime housewife is, a wife yang tak perlu keluar rumah untuk menyalurkan tenaga selain dari mendidik anak-anak, pampering husband, and out for salon, shopping or catching up with friends. Aku? Selain melakukan kerja-kerja rumah, aku juga perlu keluar untuk jumpa client, pos barang customers yang order online, buka booth here and there, usaha untuk mencari rezeki for my family, bawak anak ke playground, menyusukan my baby Khaira, drive with 2 kids, dan banyak lagi tugasan yang aku perlu lakukan setiap hari.
Everyday I ask myself. "Macam mana aku nak handle myself with 6 kids nanti? LOL"
Manusia, maybe because memang Allah dah ciptakan manusia, selalu tak berpuas hati dengan apa yang kita ada. Kita selalu nak apa yang orang lain ada. Padahal sebenarnya orang lain nak sangat dengan apa yang kita ada. Sebab tu kita sebagai manusia perlu sentiasa saling ingat mengingati, agar kita semua masing-masing sentiasa bersyukur dan redha, Allah bagi kita cukup sebenarnya sentiasa untuk kita, walaupun kita rasa kita tak dapat cukup. Sebab tu Allah suruh kita sentiasa berusaha, usaha dan usaha.
And everytime I saw friends kat Facebook up status macam sedih sebab anak demam and dia tak dapat cuti, terpaksa utamakan kerja daripada anak in certain situation, sedih terpaksa pas tanggungjawab anak kepada pengasuh, etc etc.. aku faham perasaan tu, and waktu tu aku sangat bersyukur sebab aku tak perlu akur dengan telunjuk orang lain, aku bebas nak bagi perhatian kat anak-anak aku terutamanya saat-saat mereka betul2 memang memerlukan perhatian seorang ibu. Alhamdulillah.
But let me tell u dear work-from-cubicle moms. Aku percaya korang mesti akan rasa macam best gila kalau dapat kerja bersama anak-anak. Kan? Siapa tak nak haha. Ok jom imagine yourself in these situations:
1. Aku, husband, my baby Khaira dan my son Muhammad Yassir bersama-sama di dalam kereta, on the way bertemu dengan client untuk business presentation, both of us dah pakai smart, dan bersemangat waja nak buat closing, pastu si anak yang 3 tahun ni TIBA TIBA TANTRUM dari dalam kereta. Masa tu dia nak handphone kita (read: kami sedang on the phone dengan clients), menjerit sekuat hati dia, tarik tudung, baju, tumpahkan air, and masa tu, boleh ke bayangkan emosi kami berdua as parents? Lagi 5 minit nak sampai tempat client............
2. Dah sampai tempat clients, plan asalnya aku yang patut present to the clients sebab tu semua perempuan which the husband mintak tolong aku present supaya the clients rasa close and selesa untuk bercakap, tiba-tiba waktu tu si baby terjaga disebabkan suara abangnya yang sangat kuat due to tantrum, and of course the baby demand susu. And the client is just right in front of your car. Plan yang asalnya Mama should present, in the end husband yang kena keluar sorang-sorang buat presentation. (Baik kita 3 orang duduk rumah je kalau macam tu betul tak? LOL). Agak-agak apa korang akan buat kat anak 3 tahun tu? Dalam imaginasi seorang ibu, rasa macam nak tampar, nak sebat, semua ada..sebab geram punya pasal. Tapi Iman dan kasih sayang masih tebal dalam diri, so SABAR jelah yang mampu aku lakukan. Haha.
3. Di butik, time ada customers datang nak shopping, anak kau yang 3 tahun tu keluarkan segala jenis toys yang dia ada, lambakkan kat lantai butik, ajak customers main lawan-lawan (dia bayangkan diri dia Spiderman), pastu tiba-tiba customer tu kena sebiji tumbukan. Agak-agak lepas customer tu balik, apa korang akan buat kat anak 3 tahun ni?
4. Bangun pagi, masak macam-macam, pastu anak 3 tahun ni liat betul nak bangun makan, mandi. Pastu aku ada appointment in 2 hours time, pastu anak 3 tahun ni end up bangun tidur 45 minit sebelum waktu appointment. Last-last makanan yang dah siap masak kena bungkus masuk mangkuk tingkat, aku yang dah pakai cun-cun kena mandi lagi sekali sebab dah peluh-peluh berperang dengan tantrum si anak (anak aku memang akan melalak kuat gila bila bangun tidur tanpa sebab LOL) nak suh dia mandi. Sungguh, tak mudah menjadi ibu yang bekerja dari rumah sambil uruskan anak-anak. Haha.
![]() |
Ruang antara mereka berdua ni adalah ruang untuk aku tidur. Ye, lebarnya 6 inci. Alhamdulillah, #syukurselalu LOL |
Serius. masa saat saat kecemasan memang aku selalu bayangkan kawan-kawan yang memang rutinnya pagi-pagi dah hantar anak ke rumah pengasuh, and diorang boleh kerja dengan tenang (walaupun dalam keadaan asyik rindu anak). Masa anak aku sakit, aku selalu bersyukur sebab aku boleh berada dengan diorang waktu diorang memerlukan.
Konklusinya, kita cuma perlu bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Jom sama-sama bersyukur dengan kehidupan yang Allah dah beri pada kita sekarang. Pastu kalau kita rasa kita tak puas hati, kita cuma perlu usaha sehabis mungkin untuk kita dapat kehidupan yang kita mahukan. Aku pun manusia. Kadang-kadang aku pun mengeluh. Aku pun selalu diuji dengan rasa iri, iri dengan apa yang orang lain miliki. Tapi cepat-cepatlah istighfar setiap kali perasaan tak elok macam tu melintas dalam hati. Kalau kita nak lebih, kita kena didik diri kita rasa GEMBIRA tengok orang lain dapat lebih.
One of the wealth principle listed in the book Secrets of the Millionaire Mind by T.Harv Eker:
"Bless that which you want" --Huna philosophy
Meh aku quote sikit explaination T.H.Eker:
You have to realize that if you view rich people as bad in any way, shape, or form, and you want to be a good person, then you can never be rich. It's impossible. How can you be something you despise?
Practice the Huna philosophy. Drive around and buy magazines, look at beautiful homes, gorgeous cars, and read about successful businesses. Whatever you see that you like, bless it, and bless the owners or the people involved.
Same goes to us, all mothers. Kita perlu berusaha untuk tahu apa yang kita nak, apa yang kita suka. Kita suka kebebasan yang kita dapat semasa bekerja? Atau kita suka melihat anak-anak membesar dengan hasil didikan kita sendiri sepanjang masa depan mata? Pilih. Once we decided, kita perlu belajar untuk redha dengan setiap satu cabaran yang kita hadapi along the way. Either way pun ada pros and cons. Kita cuma perlu #syukurselalu. Hoyeah!
Dah nak raya! Ingat raya, Ingat #laylatulqadr. Ingat Raya, Ingat The Ladyship! Ingat Raya, Ingat Herbalife! Maintain kurus sampai bila-bila! Nah belanja gambar our latest design. Have a good day peeps!
![]() |
Jemput follow instagram @theladyship.co :) |