Fuh. First time aku dapat keberanian nak menulis blog since lepas habis berpantang. Husband duk bising suh aku blogging balik cam dedulu. Huwa. Serabut jiwa raga aku ni bila dengar perkataan blogging tu. Aku tak pernah hilang minat untuk blog. Tapi aku hilang keberanian je.. Haha. Mesti ramai tertanya-tanya..apehal minah ni nak hilang keberanian la bagai. BLOG JE PUN. Bukan buat jenayah pun. HAHA.
Tapi hakikatnya..kalau u guys nak tau cerita sebenar, aku pernah dilayan seperti penjenayah (Haha over takkkk ayattt) oleh POLIS yang digajikan oleh Herbalife International. Blog aku pernah kena saman. Blog yang lama dulu. That's why aku beralih arah ke address blog yang baru ni. Dulu address blog aku ladyship-atie.blogspot.com. Aku terpaksa tutup blog lama aku tu..sebab kes aku disaman oleh polis Herbalife sebab aku banyak tulis unethical statement dalam entry-entry blog tu. Kaw-kaw kena saman. Bukan ratusan ringgit. Tapi ribuan ringgit :( Masa tu, down sampai bawah tanah kot. Down gila. Yela, aku blog promote promote Herbalife..bukan kutuk Herbalife. TAK LOGIK OKEYYY HERBALIFE SANGGUP SAMAN AKU. Selama ni aku bukan main setia kerja keras dengan Herbalife, aku sacrificed so many things for my Herbalife business, kau end up saman aku for all my hardwork? Blogging is also a hardwork for me. 1 entry nak tulis kena hadap 3-4 jam kot...bukan senang..pastu aku duk blog Herbalife bagus, Herbalife terbaik. Herbalife the best...tetiba Herbalife saman aku. Tak masuk akal tau tak?! +#_)@#(*@!&@!*^*!*#)@_)_!@($#*&&***^^&*@(!
Ha gitu lah perasaan aku masa tu. Menangis-nangis masa kena bayar saman tu. Sejak dari tu everytime aku call HQ aku akan sengaja marah-marah staff operator tu without reason pun..kadang diorang silap sikit je pun aku sengaja melenting ngamuk2 kat diorang hahaha padahal diorang takde kaitan pun dengan kes aku ni. Saje lepas geram.
Unethical statement yang dimaksudkan adalah: "Sejak saya makan Herbalife, saya hilang senggugut" "Saya hilang migrain". "Customer saya hilang darah tinggi" and things like that. Medical claim, income claim..benda-benda tu la puncanya aku kena saman dgn polis Herbalife. Huhu.
(P/S: Herbalife is a very big and strong company, dan sangat strict in protecting its golden goose. Herbalife adalah nutrisi, bukan ubat, dan bukan bertujuan dalam mendiagnos sebarang penyakit. Hasil produk dan pendapatan individu adalah tidak typical, berbeza mengikut individu. Disebabkan terlupa nak letak disclaimer ni, aku banyak buat unethical claims terutamanya bab menyentuh medical issues. So this is why aku kena saman.)
I ALMOST QUIT. Seriously, almost.
Lucky I did not.
Berbulan aku tak peduli langsung pasal performance aku dalam business Herbalife.. Semuanya husband aku take over. Kerja-kerja admin yang selama ni tugas aku, husband aku terpaksa take over. Semua kerja-kerja Herbalife aku serahkan pd laki aku. Huhuhu.. And berbulan aku fikir..."WHAT WILL HAPPEN IF I QUIT?"
![]() |
Teman hidup yang tak pernah putus asa dengan aku. |
Dalam masa yang sama jugak, aku saksikan ramai member-member Herbalife yang quit and success dalam business diorang yang lain..tak kurang jugak ramai yang quit business Herbalife dan back to being employed, working from 8-5 like many others. Ada juga yang quit business Herbalife dan jadi housewife sahaja bergantung pd income suami. Dan ada jugak yang daripada fanatik Herbalife ended up terus tak consume the products.
Waktu tu keikhlasan aku diuji.
"Our mission is nutrition"
"Herbalife changed my life"
"No money no problem, no initiative BIG problem"
"If you cannot succeed doing Herbalife as a part timer, you can never be successful doing it full time"
Lepas sekian lama aku bertapa mengasingkan diri dari business Herbalife, sengaja menyibukkan diri producing collections for very own brand, The Ladyship (Iklan: Sila follow instagram @theladyship.co). Satu persatu jawapan Allah tunjuk kat aku...which secara keseluruhannya aku sebenarnya diuji dengan kata-kata aku sendiri.Allah nak uji keikhlasan aku dalam setiap patah kata yang aku pernah sebut sebelum ni. Allah sengaja menguji. Allah nak mengajar aku. Allah tarik sedikit, tapi...in the end aku dapat BANYAK. MashaAllah. Maha suci Allah.
Lucky I did not quit. Sebab if I quit, I will be the one who's losing. Herbalife inshaAllah will never be affected kalau aku quit pun. Hahah. Dah memang patut aku kena saman sebab aku yang tak follow the ethics kan huhu.
Aku pernah declare depan public, "misi kami nutrisi"..income aku yang selalunya 5 digit..pernah ada satu bulan tu, Allah bagi income kami dropped to only 3 digits. Masa tu deep inside my heart, I could clearly hear Allah asked: "Betulke misi kau nutrisi? Bukan duit? Bukan kekayaan dan kemewahan? Betul, nutrisi? Ikhlas ke kau sebarkan misi nutrisi ni pada orang lain? Atau kau hanya sertai misi nutrisi ni only if you get money from doing it? Nah, AKU nak tengok how you react if I take all the money from you."- Allah.
Then aku teringat lagi, I said that "no money no problem, no initiative big problem". HAHA. Bajet gils masa cakap tu kan. Time ada duit memang la boleh confident gila kan cakap camtu. Hah amek, again, Allah uji aku dengan kata-kata aku sendiri. Pernah ada masa tu, aku nak keluar dari Melaka pun tak cukup bajet. Gila tak gila. Aku TAK PERNAH tak ada bajet nak naik KL. And yes, it happened to me just months back. What will u do if you have no money but you have so many things to be accomplished and that all of them need SO MUCH money? Tipu lah kalau aku tak serabut. Tipu lah kalau aku tak bergelumang perasaan stress setiap hari. Ye awak, hari-hari stress. Hari-hari fikir mana nak dapat duit nak bayar tu..duit utk bayar ni…dengan nak beli keperluan rumah, keperluan anak-anak, semua guna duit hoi hahah.
Tambah serabut bila banyak insan yang dulu pernah dekat dengan aku, tiba-tiba pergi tinggalkan aku macam tu je. Bukan setakat tinggalkan, tapi diorang bawa sekali prasangka kurang enak tentang aku. Terlalu banyak salah faham yang belum selesai antara aku dan manusia-manusia tu. Tak tahu macam mana nak selesaikan so I choose to keep quiet and just let it be. Let the truth speaks. Biarlah orang nak bagi taik kat kita, kita bagi bunga. Masa tu aku teringat pepatah yang aku belajar dari training Herbalife..seperti dedaunan, bila dah rosak ia akan layu dan gugur. Lepas tu akan tumbuh dedaun baru yang lebih segar. Sama macam orang sekeliling. People will always come and go. Only few will stay. Mungkin memang aku ada buat silap banyakk sangat tanpa aku sedar. Semoga mereka memaafkan. Semoga aku dijauhkan dari fitnah dan prasangka buruk manusia. And masa susah aku jumpa insan-insan yang sikit pun tak berubah cara diorang layan aku, cara diorang bersahabat dengan aku..sama je dari dulu. Yang sedikit ni lah sahabat..
Dalam keserabutan tu semua, aku ended up buat semua kerja pun tak sepenuh hati. Aku hilang motivasi. Aku lupa apa impian aku. Aku asyik mengeluh. Business The Ladyship pun aku takleh nak focus, business Herbalife memang lagi lah aku tak focus sebab masih ada "dendam" huhu. I stopped learning. I stopped reading books. I stopped attending trainings. I stopped doing routines and activities to add value in myself. End up aku perform teruk dalam semua benda. And the worst part, I ended up performing so badly as a mother. Anak-anak jadi mangsa keserabutan aku. Dengan badan letih, sakit sana sini, memang semua benda tak jadi. And satu hari tu Allah remind aku tentang kata-kata aku sendiri: "If u cannot succeed doing Herbalife part time, you can't succeed doing it full time". Aku tersentak.
Bukan ke aku yang mintak kat Allah "Ya Allah, kurniakan aku kejayaan di dunia dan akhirat". Dear self, do you think it is easy to be successful? Nak berjaya DUNIA & AKHIRAT, pengorbanan yang aku kena lakukan bukan cukup setakat 5-10 tahun. Tapi seumur hidup. Kalau waktu tu aku rasa that was the lowest moment in my life, tak mustahil Allah akan uji aku dengan keadaan yang lebih teruk masa aku rasa aku dah cukup serba serbi nanti. Tak mustahil. Sebab semua ni Allah yang punya.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _Hmm.
Why quit? Quitters never win. And winners do not quit.
Alhamdulillah I did not quit.
Memang. Sekarang aku BELUM berjaya. Perjuangan aku BELUM selesai. Terlalu jauh lagi perjalanan utk aku redah. But jatuh bangun yang aku pernah lalui setakat ni buat aku sedar satu perkara baru: bahawa REZEKI itu adalah hak Allah sepenuhnya.
Aku dah pun redah journey bersama Herbalife 5 tahun. Kalau aku quit, dan mulakan perniagaan lain, atau earn my living by becoming an employee, I would still need to start from scratch kan? Macam mana aku perlu belajar dari ZERO utk build my own brand The Ladyship. And I choose to stay because of the products. Kalau aku quit, aku nak breakfast apa? Huhu 5 tahun dah aku breakfast dengan Herbalife shake. Kalau aku quit, boleh ke aku nak maintain kurus dan fit sampai tua? Kalau aku quit, what will happen to all the customers yang setia consume produk dengan kami? Yup, ada ramai sangat customers yang tak pernah miss shake since I started the business 5 years ago. Rugi lah kan kalau aku quit? Kalau aku quit, nutrisi apa aku nak bagi pada anak-anak aku dan generasi akan datang? And if aku decide utk quit, definitely aku tak akan berjaya dalam perniagaan ni. Kalau aku quit, definitely aku akan develop satu attitude yang kurang baik dalam diri aku sendiri. Like, ok today aku menghadapi saat yang sangat sukar dalam business Herbalife, pastu kalau aku tukar ke cabang perniagaan lain, and again aku hadapi kesukaran, masa tu definitely aku akan quit that business dan switch to another business. Sampai bila aku nak tukar-tukar business? Huhu.
Antara pengajaran yang aku dapat bila diuji: Terlalu banyak pintu rezeki untuk makhluk Allah terokai kat muka bumi ni. Bukan Herbalife je source yang ada. Banyak sangat-sangat source lain. Tapi once we decide to start one business, we have to learn how to build it and how to complete it. And it is never wrong to diversify our sources of income. Apa-apa pun kena keep on learning. Rezeki Allah sangat luas. Belajar je macam mana nak dapatkan banyak dan banyak lagi. Tak salah nak cari sebanyak mungkin rezeki. Tak salah nak jadi kaya. Tapi cukup atau tidak rezeki yang Allah bagi pada aku bergantung pada keberkatan. Income ribu-riban tak akan menjanjikan ketenangan hidup kalau kita rasa pendapatan yang kita perolehi adalah hasil dari usaha kita semata. Takkan pernah cukup kalau kita habiskan semuanya untuk diri kita. Kalau kita lupa yang itu semua hak Allah. Ada bahagian yang kita perlu kongsikan dengan makhluk Allah yg lain di muka bumi. Infact, sikit je utk diri kita sendiri…banyaknya utk orang lain.
I always want to be a winner. Doakan aku. Jom kejar akhirat.
Teruskan orang melakau power!
ReplyDeletewell said! thanks!!! kirim salam yus
ReplyDeleteMay Allah continue giving all of us guidance. Everyone of us are learning from everyone's experience. Allah package it so well to suit to each individual. When we shared, we learn from each other's experience in hardship and overcoming it. Thank you Atie for sharing. Weldone, and insyaAllah will start seeing you qualifying for vacation together.
ReplyDeleteWinners never quit. See you at the next event
ReplyDeleteThanks for sharing. May Allah grant success to you and all of us
ReplyDelete