Allah suruh nikah. Nikah! Pastu adakan walimatul urus, untuk memberitahu orang sekeliling bahawa pasangan yang baru sahaja bernikah tu dah halal menjadi suami isteri. As simple as that. Kalau semua orang amalkan perkara yang PERLU je, aku rasa takde orang nak bercintan cintun without halal relationship. Serius. Nikah bukan satu benda rumit pun. Manusia je yang bersusah payah merumitkan keadaan sampai menyusahkan diri sendiri dan anak-anak.
Semua perkara yang TAK PERLU wujud dalam urusan pernikahan pada hari ini sebenarnya bermula dengan "suka-suka je nak buat". Bukan salah siapa-siapa. Tapi salah siapa yang suka mengikut-ikut tanpa berfikir panjang. Fikir panjang panjaaaaaaaaaaaanggg sampai ke 7 generasi akan datang. Sebelum nak buat sesuatu PERKARA BARU.
Sekarang dah mula pulak satu lagi perkara baru yang bakal menjadi ADAT dalam urusan pernikahan. It is bachelorette party. Bull**it sangat bachelorette party ni. Like, sangat-sangat. Quoted from this blog: WHATEVERLAH
Bachelorette party/Bridal shower – malay men for some good reason are not affected withPOTE syndrome, its more to meleis ladies. Apparently once must celebrate pre f-halal-way before a wedding, the rich kids would throw it at Flora Terrace, Sekeping or the tres chic once would have it in Harrods KLCC, superficially sipping dajeeling tea while savouring scones and biscuits (whilst calculating the bills that about to be divided amongst themselves) . Don’t forget make it a theme party, pay RM 500 (go dutch) and make it a party ala Chanel. Black & White, CC symbol printed on A3 papers as table mats, get free samples vials, products, condoms throw it in a chanel like paper bag, and called it survival kit for brides. The climax of the party, Novelty Cake katanya, selections of black, Asian, arab, Caucasian penises erected as a centerpiece. Snap a photo, Instagram it, caption, Wild night for ladies! Sad she is getting married in 2 weeks time! tag : #(hername)gothitched #sistersforlife.
Aku biasa tengok sebelum ni bachelorette party dalam TV je..selalunya dalam filem Hollywood. All girls yang konon-konon BFF berkumpul dalam 1 hotel room, pakai seksi2, tempah makanan and desserts best2, gambar2, gossips, etc. Tunggulah sikit time je lagi, dalam drama-drama Melayu pun akan ada highlight bachelorette party ni sebelum pengantin perempuan nak kahwin. Lama-lama nnt, setiap wanita yang nak berkahwin kena ada bajet untuk bachelorette party pulak. Kalau tak takleh dapat la wedding of the year.
Dah buat party, of course kena upload kat Instagram, Facebook, Twitter, Telegram, Wechat, sume tempat yg boleh up gambar, wajib la upload kan. Pastu friendlists dan followers yang belum nikah ni tengok, and feel like "Oh I want to have this party too when I am getting married in the future!". Kahwin kan sekali je, So kenalah immortalize every moment pastu bukukan cantik2 dalam photobook bagai. Akibatnya, siapa yang tak mampu nak buat atau memang tak nak buat dipandang sinis atau dianggap "tak ada kawan lah tu" atau dianggap "tak ada duit lah tu".
Sebenarnya semua benda mengarut yang kita panggil ADAT dalam masyarakat Melayu sekarang, semuanya mula dengan "suka-suka je nak buat", "saja nak mengeratkan silaturrahim" atau "saja-saja nak meraikan". Malam berinai, makan beradab, wedding reception yang GAH. Semua bermula dengan suka-suka. Memang lah, ada duit, tak ada masalah pun nak buat. Tapi cuba kalau orang kaya, orang miskin, semua bekerjasama. Bekerjasama menegakkan sunnah. Buat semuanya dalam kadar yang sederhana mengikut sunnah. Yang miskin tak akan rasa tertekan nak adakan apa-apa majlis keraian.
Sama macam sunnah Aqiqah untuk anak. Sekarang kalau nak buat Aqiqah kena ada buaian atau sort of "pelamin for the baby". Aiyo. nak tempah buaian tu je dah bape ratus ringgit. Kambing je sekarang around RM1000++ seekor. Kan bagus kalau orang yang mampu, yang kaya, yg berada, pun buat aqiqah ikut sunnah yg basic je. Takde lah golongan yg kurang berkemampuan rasa inferior bila tak dapat buat majlis Aqiqah yg besar2an. Aku dulu Aqiqah Muhammad Yassir menyelit je dalam wedding reception kakak aku Wani. Now tgh kumpul duit tabung untuk majlis aqiqah my second baby Yasmin Khaira pulak. Boleh buat combine sekali open house Raya nanti lah kot hehe.
![]() |
Credit pic: SINI |
Satu lagi contoh masa arwah Atok aku meninggal dunia dulu. Majlis doa selamat dan tahlil sampai 3 malam berturut-turut. Nangissss bila tau adat orang Johor buat majlis tahlil sampai 3 malam berturut-turut. Dahlah the tahlil itself is not sunnah. Tambah pulak kenduri doa selamat sampai 3 malam berturut. Kalau family si mati memang tak ada duit, dah lah tengah sedih sebab baru kehilangan orang tersayang, dah kena fikir nak meraikan orang yang mendoakan arwah dengan jamuan makan pulak. KESIANNYA T.T. Zaman sekarang kurang-kurang pun makanan untuk 1 kepala RM8-RM10. Kalau ada 30 orang dah bape ratus tu? Memang lah bagus niat nak menjamu tetamu. Tapi as I mentioned earlier, kalau nak buat sesuatu, fikir paaaaaaannnnjaaaaaaaaaaannnggg sampai 7 keturunan akan datang. Kalau hari ni kita buat majlis doa selamat sempena pengebumian si mati, kita menjamu tetamu yang datang mendoakan, dengan niat bersedekah atau dengan niat ikhlas menjamu tetamu, kelak orang lain yang memang hidup sehelai sepinggang, kais pagi makan pagi, akan rasa pressure dan inferior bila tak dapat menjamu orang kampung yang datang membantu menguruskan jenazah.
I am still amazed with my younger sister's wedding (Linda). Dalam keadaan family kami yang tak pernah buat majlis kecil-kecilan (wedding kakak aku jemputan minimum 500 orang, wedding aku 2000 orang! Which I myself hated the amount of money I had to spend for my wedding reception), alhamdulillah Linda's wedding was just so nice, simple and perfect to us. Jemputan kenduri dalam 100 orang je. Baju nikah pakai baju nikah aku dulu. Tudung je beli baru. Photographer upah kawan2 je..Arep and friends (visit their IG: @thewideframe) of course dapat harga paling kasih sayang haha. No pre-wedding or post wedding photoshoot. Gambar time wedding day je. Tak menjemput secara terang-terangan di Facebook sebab nak memastikan everything is within the budget yang sangat ciput. Lepas dah selamat nikah upload la gambar kat Facebook hehe. Orang keliling, takyah nak kecik hati sebab tak dijemput. Kena sama-sama tolong faham keadaan. Zaman sekarang ni cost of living tinggi, so mana yang boleh cut cost, kita cut cost hehe. Selamat dah sekarang diorang pun menjalani kehidupan berumah tangga sama macam pasangan lain. Sama je macam aku. Sama je, seriously. Yang penting ada sekeping dua gambar kahwin yang cantik. Hihi.
So, tak kisah lah walaupun berkepuk-kepuk duit kat dalam poket atau dalam bank, ataupun dalam bank ada cukup-cukup RM10 sebab tak boleh withdraw sampai licin, kalau semua orang pun tak berlebih-lebihan dalam melakukan perkara wajib (nikah, aqiqah, majlis pengebumian, etc), inshaAllah tak akan ada yang rasa tertekan. Peace yo.
Jom minum shake =p
No comments:
Post a Comment