Hai! :)
Harini Ahad. Semalam Sabtu. Eh! Esok dah Isnin. There you go..mesti ramai dah lemah longlai gemalai memikirkan esok dah kena mula kerja balik kan? Kehkehkeh. Nasib baik aku buat Herbalife. And business Ladyship pun tak adalah kena pergi office. Work from home je gittew.
![]() |
Business paling best untuk mak-mak yang nak jaga sendiri anak korang, yang nak bebas bekerja dengan anak. (SUSAH, but WORTH EVERY HARDSHIP!) |
Ok sebenarnya nak cerita pasal satu inovasi terbaru yang dihasilkan oleh saintis di Australia. It is a form of robot.. which they call it The Maid. Canggih wey. PARA SUAMI DISARANKAN MEMBELI ROBOT INI UNTUK HADIAHKAN KEPADA ISTERI ANDA. Memang confirm wife korang jatuh cinta sekali lagi kt korang!
In the morning, robot ni bangun around 8am, dia akan terus pergi basuh baju. Baju-baju biasa dia akan basuh guna mesen basuh lah..haha ni belum cukup canggih la. Bayangkan robot ni kengkonon ada mesen basuh dalam badan dia! WOah! HAHA. Baju-baju yang mcm kengkonon bulu-bulu, bling-bling, baju yang perlukan extra care dia akan buat hand wash. Normally sesi basuh baju dan sidai baju ni akan ambil masa sejam untuk siap..
Kemudian robot ni akan bersihkan dapur for around 15-25 minutes, depending on keluasan dapur rumah tersebut, dan berapa banyak pinggan mangkuk dalam sink yang belum dibasuh.
And then, robot ni akan ambil masa minimum around an hour untuk basuh halaman rumah. Basuh bukan sekadar jirus lantai dengan air sabun tau. Dia basuh tahap dewa punya sental.
Pastu, dia akan mandikan toddler and baby yang ada dalam rumah. YES! The Maid ni boleh mandikan baby!! Biasanya around 15 minutes per head, which kalau rumah aku, robot tu akan spend 30 minutes la untuk mandikan dan siapkan anak-anak aku.
Kemudian, robot ni akan menyapu seluruh rumah. Normally it takes one hour to two hour..tengoklah keluasan rumah jugak. Lepas dah sapu, dia akan mop lantai pulak..that will take about another hour..nak keringkan lagi kan..pastu dia akan basuh semua toilet. Normally rate nya ialah 30 minutes per toilet. Kalau without rest at all, kiranya all the above akan selesai around 1pm. Wah! Expressnyaaaa!
Ok jangan terkejut. The Maid ni boleh memasak jugakkk ohmaigod!! Around 1 pm tu dia boleh start memasak for lunch, kita google je resipi apa..dia akan follow. Kalau nak suruh The Maid ni suapkan anak2 kecik pun boleh. Memang gila canggih lah! Lepas makan, dia akan back to tugas membersihkan meja makan, menyapu, dan membersihkan dapur.
Lepas tu, kalau nak suruh buatkan susu anak-anak pun dia boleh buatkan. Kena set terus lah sukatan susu setiap anak tu camane.
Pastu, dah petang tu, baju yang dia sidai tadi dah kering kan, so dia akan angkat dan TERUS LIPAT DAN SUSUN!! Huwaaaa siapa yang taknakkkk robot ni?? Gila kau taknak?
![]() |
The Maid |
Korang balik kerja petang tu memang rumah dah kemas cantik rapi je! Korang pergi lah Youtube! Search The Maid Australian Robot. Memang canggih. Dah. Pergi search sekarang! Sebelum tu aku nak tanya! How much are you willing to pay for The Maid ni kalau korang ada peluang untuk menggajikan si robot ni? Go to You tube nowwwww.
.
.
.
.
![]() |
Handsomenya dia ni =p HAHA TIBA TIBA. |
.
.
.
Tak jumpa kat Youtube? Memanglah. The Maid tu aku saja reka cerita je sebenarnya! Bahahahahahahahambarrrr. (FINE!)Sekarang, kalau korang yang membaca ni adalah golongan suami, korang boleh bayangkan tak betapa isteri korang tu dah macam robot kat rumah. Aku faham, korang sebagai lelaki memang tak nampak benda yang terlalu detail, contohnya, kulat di sebalik paip di singki tandas, toilet bowl yang dah mula kekuningan mintak disental, dan sebagainya. Tapi percayalah, rumah korang bersih bukanlah terjadi secara AUTOMATIK! Tak ada mesen pun yang boleh tolong sentalkan sinki toilet, yang boleh tolong lipat dan susunkan baju, mandikan anak-anak, etc. Semua tu adalah kerja-kerja hanky panky yang memerlukan tenaga yang sangat banyak dan masa yang agak panjang untuk menjadi kenyataan.
So kalau tadi korang jawab korang sanggup bayar The Maid, apa kata korang hargai isteri korang instead...,boleh hadiahkan percutian di hotel best-best, bagi duit untuk isteri korang pergi salon, pergi shopping baju baru ke, kasut baru ke, pastu rajin2 lah peluk cium isteri korang tu. Hargai penat lelah dia kat rumah. Memang nampak dari mata kasar, korang rasa macam "ala..duduk rumah je kot". Tapi serius, aku bagitau terus terang eh. PENAT SANGAT kalau fokus menjalankan kerja-kerja surirumah ni. Kalau ada anak-anak kecik lagi lah dia punya tahap penat tu memang penat yang boleh jadi gila tau haha. But no worries, a hug can release all the stress in her. Trust me!
![]() |
Aku ni kalau sehari laki aku tak usap kepala aku, cium aku dengan penuh kasih sayang, peluk aku, memang aku boleh stress. HAHA. Pentingnya sentuhan suami isteri! Dapat pahala lagi! |
Kalau orang selalu cakap, isteri kena dapatkan redha suami. Bagi aku, seorang suami pun perlukan redha isteri, untuk berjaya. Isteri tu bukan robot. Bukan maid. Dia juga perlukan empowerment dari suami. Dia dah penat lelah fokuskan seluruh jiwa raga tenaga dan masa dia untuk keluarga, tugas Korang sebagai suami hanya perlu hargai dia je..tak susah pun, barulah isteri korang bersemangat setiap hari. Kalau communication fail, marriage will have problem. Kalau isteri kat rumah tu hati dia sentiasa simpan rasa tak puas hati, geram, marah, kecewa, kecil hati, dan sebagainya, tak mustahil kalau korang kerja kuat macam mana sekali pun, rezeki susah nak melekat. Nauzubillah. Sooooooooo, hargailah isteri korang ye? =D
I love you Abang. I am sorry that you are married to a "feminist". Lol. Kbai.
No comments:
Post a Comment