Hai!
Seems like local brands are taking over the local market in Malaysia. Sebelum ni, kita rasa macam tak feeling so good kan kalau beli local brands, maybe sebab marketing kurang poweer, tak ada artis yang pakai design from locals except yang famouse designers such as Rizalman,etc. Rasa bangga jugak sekarang tengok masyarakat Melayu dah ramai mula menembusi bidang perniagaan, kan? Terima kasih kepada sesiapa yang memperkenalkan konsep "online shop", sebab menyediakan alternatif kepada physical store untuk sellers dan shoppers. Kalau dulu, nak mulakan bisnes menjual sebarang produk, mesti kena serabut fikir kos kedai, deposit sewa, renovation, etc. Tapi sekarang tak perlu dah nak fikir benda tu semua. Nak bisnes? Beli stok, promote terus di Facebook/Instagram. Ada bajet lebih, buat website. Save cost.
Tahun 2015, jadi trend pulak event organizer yang mengambil peluang buat so-called online shop festival, di mana mereka menyediakan tapak jualan atau booth for the online sellers to market their products physically dalam festival yang dianjurkan tersebut. Wah. panjang ayat aku ha. Untuk my own label The Ladyship, kitorang pernah join few festivals, but I would say, I am satisfied with this one: Vendeur Festival.
Gigih tu ha dua orang 'lelaki' kena tolong set up kan booth hehe |
Tak kira apa musim sekali pun, kalau buka booth, Jubah Beatrice memang laku keras tahap mabuk punya. Alhamdulillah |
Korang ada lagi ke yang belum grab Kayla Kaftan ni? Superb gojes tau. Rare! |
The team <3 |
Duduk booth Vendeur Festival memang busy memanjang alhamdulillah crowd tak putus-putus dari pagi sampai ke malam. |
Dah siap packing barang nak balik Ahamdulillah sales terbaikkk mashaAllah! |
Nak join buka booth ni bukan senang sebenarnya. Penat dia, tak terkata. Tapi for me, it's good utk online sellers kekalkan momentum business. Yelah, kalau syok buat online je, kadang tu kita rasa kita dah cukup bagus kan. Hari-hari ada berplastik-plastik postage. Tapi perlu juga kita open up to other sellers, belajar macam mana diorang berbusiness, boleh jugak belajar juga dari kesilapan diorang..
Perlu ke masuk semua festival online shop yang ada?
My answer, kena tengok timing, tempat, dan organizer. Aku pernah join satu blogshop festival ni, kat tengah-tengah KL (Dataran Medan Pasar). Sewa booth RM300 for two days. Crowd mashaAllah ramai sungguh! Tapi... 90% orang asing such as Nepal, Bangla, mat saleh, Jepun, dan sebagainya. Stresssss. Haha. Sale? RM60 -.-"
Tapi aku belajar banyak lah dari pengalaman lepas dah rugi banyak kat festival tu. My conclusion is, join booth waktu betul2 orang baru dapat gaji (kalau dah lebih seminggu orang dpt gaji, pun maybe sales suam-suam kuku), tempat pulak kena tengok pendapatan per kapita masyarakat situ. Means, oorang-orang kat tempat nak buka booth tu mampu atau tidak beli produk kita. Next, tengok organizer. Setakat ni aku paling trust Vendeur Festival.
Target next: nak join jadi vendor di Mood Republik pulak. Tak pernah ada vacant booth lagi since aku start online boutique ni. Tolong doakan aku dapat join MR ni ok? Sebab dengar cite, sales boleh cecah 10 kali ganda dari Vendeur Festival :o
Jom doa yang baik-baik untuk diri sendiri dan untuk semua orang :)
Salam Isya'
No comments:
Post a Comment