Tuesday, October 20, 2015

Macam Pakistan Jual Karpet

Bismillahirrahmanirrahim

Hai!

Sekarang ni ramai yang mesej aku nak mulakan bisnes sendiri. Nak buat online jugak. Nak start brand sendiri. Nak berhenti kerja, jaga anak kat rumah. Ada tu nak bisnes sebab nak cari backup sebab nak back up sebelum di-retrenced oleh company, due to bad economy.

Aku pening jugak nak jawab sebenarnya. Aku bukan buat full time online boutique ni. My own label: The Ladyship ni sebenarnya aku baru nak build, part time. Kalau u guys ask me, susah ke tak? Aku rasa better jangan risk your life HAHA. Business mana yang tak susah dek nonnn. For us, business Herbalife adalah business paling senang, paling ciput kos overhead, marketing cost, and paling tinggi return on investment. Tapi paling susah orang nak stay sebab business Herbalife memerlukan keikhlasan hati sepenuhnya, dan keinginan yang tinggi setinggi-tingginya untuk berjaya. Which is, kitorang pun take time nak build up ourselves untuk jadi orang yang layak berjaya dalam business Herbalife. Life is a constant learning process, kan? So chill lah :D Yang penting, HAVE YOU HAD YOUR SHAKE TODAY? Tak cool lah tak breakfast shake kehkehkeh.

ANyway, back to the online boutique. Sebenarnya bukanlah aku fokus 100% online je. Bila korang nak berhenti kerja, pastu nak start your own business, kalau setakat mengharapkan upload gambar kat internet, kat whatsapp groups, pastu mengharapkan orang respond, memang kim salam -.-" Especially kalau time baru nak start. Confirm down hoi. Duk rumah bagai turun bulan jatuh ke riba, tak jatuh-jatuh. So aku nak share sikit, apa yang aku belajar time aku pergi salah satu seminar haritu, tajuknya: HOW TO SELL 100 PIECES IN A DAY.

One of the ways is, jual cara Pakistan. Korang ingat tak, dulu-dulu Pakistan selalu merayau rumah ke rumah untuk jual kain. Kalau dalam drama-drama TV tu, selalu je ada babak suri rumah ni beli kain dari Pakistan yang jaja dari rumah ke rumah. Pastu, bukan bayar penuh terus..siap berhutang lagi. HAHA. "3 kali bayar pun tapa" kata si Pakistan tu.

So, aku pun dengan rendah diri dan terketar-ketar cuba mengaplikasikan ilmu yang aku pelajari dari seminar tu. Tu pun lepas sebulan baru aku dapat kekuatan nak apply ilmu ni. Huahua. Cuak dowh. Ada haritu aku berpeluang bawak pergi kedai makan sorang akak ni namanya Kak Leha, memang kenal rapat jugaklah. Asalnya nak pass baju untuk anak dia, anak dia dah siap-siap order dan transfer duit. Pastu aku bukak bonet kereta, jadi car boot sale terus kena serbu dengan kawan-kawan Kak Leha. Alhamdulillah. Hihi.

Semalam pun ada cerita, aku bawak sikit stok, letak dalam beg plastik besar, pergi jumpa kakak ipar aku kat Hotel Seri Malaysia..dia nak tolong promote kat kengkawan dia hehehe. Baik kan kakak ipar aku? Adik beradik husband aku memang so supportive like that u know. Alhamdulillah sangat..kalau nak kata stok yg aku buat sikit, memang tak lahh. Mana nak untung kalau produce sikit-sikit. Nak dapat harga kos per piece murah memang kena tempah berkayu-kayu kain..baru lah merasa sikit untung dari jualan sehelai baju. Memang selalunya habis jual dulu kat customer regular Ladyship..pastu sedara mara, kawan-kawan yang supportive, and lepas tu baru online customers. Rezeki Allah ni memang best. Hihi. Impressively, memang betul taktik ni boleh habis almostttt 100 helai in just one day! MashaAllah 😁


Nak bisnes, tak boleh nak berlagak macho bergaya sangat. Priority utama adalah kumpulkan data base customers dan pastikan mereka jatuh cinta dengan produk kita. Aku suka tanya customers apa yang aku perlu improve dari segi kualiti ke ape ke.. Kalau diorang nak bagi kritikan, terima! Sebab kita ni baru nak start business, memang banyakkk sangat cacat cela. Kalau tak betulkan dari awal, nanti dah lama dah jadi kematu, besar kepala..lama-lama customers lari. 

Ok sekian bebelan untuk hari ini. Korang jangan lupa, tolong like & follow:

  • www.infokurus.com
  • Facebook page: The Ladyship.co
  • Instagram: @theladyship.co
Thanks for reading! ;)

1 comment:

  1. Mai pun mcm akak jual baju muslimah.. Ala2 bangla jual kain.. Cara ini lebih effective cz we meet customer sendiri.. Seronok. Tp tu la bukan mudah nak jadi senang.. Kena rajin ja.. N try n error

    ReplyDelete