Monday, October 26, 2015

Nusantara Coffee Scrub

Bismillahirrahmanirrahim.

Hai!

Cuba korang cek kulit badan korang, soft ke tak? Hehe. Tiba-tiba je kan. Actually harini dengan sepenuh ikhlas hatinya aku nak review sikit produk member aku, housemate time study kat Monash dulu..Nama dia Khairiyah. Nama produk dia ialah Nusantara Coffee Scrub.

Posing semata-mata nak blog.
Aku ni jenis yang memang particular about the products I use for my skin. Untuk urusan kulit muka memang aku tak ada guna benda lain lah kan selain dari #Skin7 product lines. Jatuh cinta sampai aku jadi obses dengan #skin7 bahahahah.

Ok anyway, about the coffee scrub, sumpah tak tipu memang best gila! Aku tengok kat page instagram diorang, memang boleh je nak apply coffee scrub ni kat muka. But aku pakai scrub ni onto my whole body. Bila korang buka je packet ni, bau dia memang semerbak kopi! Rasa nak kunyah je scrub tu haha. Aku bukan peminat coffee. Tapi aku peminat coffee house. Aku suka jenjalan lepak kat coffee house untuk try their hot chocolate. LOL. So aku memang suka the ambience of coffee houses. Because of the smell of coffee. Which sepatutnya aku rasa aku suka coffee.. tapi aku cuma tak suka minum kopi sebab very high caffeine (konon sihat sangat lah kan). Aku beli Nusantara Kofi ni sebab aku tahu ingredient yang Khairiyah ni guna memang 100% organic. So thats why aku berani nak try this coffee scrub.

One thing paling best bila aku apply coffee scrub ni ialah, bila aku apply kat armpit and tapak kaki. Kulit tapak kaki aku memang senang sangat cracked. Especially bila aku berjalan dalam rumah tak pakai selipar, tidur malam lupa apply lotion kat kaki, or any day yang aku dehydrated, tak cukup minum air. Memang lepas scrubbing about 2-3 minutes camtu, kulit tapak kaki aku immediately jadi soft sangat!

Aku suka apply this Nusantara Kofi waktu malam. Seminggu sekali aku akan ada me-time doing home spa. Aku akan duduk dalam toilet extra lama than usual, aku cuci muka, scrub muka dengan #skin7, pastu aku scrub my whole body with Nusantara Kofi. Keluar je dari toilet tu memang superb lah bau coffee semerbak! Husband aku suka coffee. He was addicted to caffeine long time ago masa belum start consume Herbalife..so memang dia akan sayang aku lebih la masa aku bau coffee tu! Bahahahahah (OK ni hal rumahtangga simpan dalam bilik!) LOL =p

So I highly recommend this product! Search kat Instagram: @nusantara.kofi. IG diorang banyak gambar-gambar attractive. Go and try it now! It's extremely cheap wey! RM28 je. Mana nak dpt 100% organic product dengan harga macam tu?



Ok nak tido dah. Bai.

Sunday, October 25, 2015

Robot Canggih!

Bismillahirrahmanirrahim.

Hai! :)

Harini Ahad. Semalam Sabtu. Eh! Esok dah Isnin. There you go..mesti ramai dah lemah longlai gemalai memikirkan esok dah kena mula kerja balik kan? Kehkehkeh. Nasib baik aku buat Herbalife. And business Ladyship pun tak adalah kena pergi office. Work from home je gittew.

Business paling best untuk mak-mak yang nak jaga sendiri anak korang, yang nak bebas bekerja dengan anak. (SUSAH, but WORTH EVERY HARDSHIP!)


Ok sebenarnya nak cerita pasal satu inovasi terbaru yang dihasilkan oleh saintis di Australia. It is a form of robot.. which they call it The Maid. Canggih wey. PARA SUAMI DISARANKAN MEMBELI ROBOT INI UNTUK HADIAHKAN KEPADA ISTERI ANDA. Memang confirm wife korang jatuh cinta sekali lagi kt korang!

In the morning, robot ni bangun around 8am, dia akan terus pergi basuh baju. Baju-baju biasa dia akan basuh guna mesen basuh lah..haha ni belum cukup canggih la. Bayangkan robot ni kengkonon ada mesen basuh dalam badan dia! WOah! HAHA. Baju-baju yang mcm kengkonon bulu-bulu, bling-bling, baju yang perlukan extra care dia akan buat hand wash. Normally sesi basuh baju dan sidai baju ni akan ambil masa sejam untuk siap..

Kemudian robot ni akan bersihkan dapur for around 15-25 minutes, depending on keluasan dapur rumah tersebut, dan berapa banyak pinggan mangkuk dalam sink yang belum dibasuh.

And then, robot ni akan ambil masa minimum around an hour untuk basuh halaman rumah. Basuh bukan sekadar jirus lantai dengan air sabun tau. Dia basuh tahap dewa punya sental.


Pastu, dia akan mandikan toddler and baby yang ada dalam rumah. YES! The Maid ni boleh mandikan baby!! Biasanya around 15 minutes per head, which kalau rumah aku, robot tu akan spend 30 minutes la untuk mandikan dan siapkan anak-anak aku.

Kemudian, robot ni akan menyapu seluruh rumah. Normally it takes one hour to two hour..tengoklah keluasan rumah jugak. Lepas dah sapu, dia akan mop lantai pulak..that will take about another hour..nak keringkan lagi kan..pastu dia akan basuh semua toilet. Normally rate nya ialah 30 minutes per toilet. Kalau without rest at all, kiranya all the above akan selesai around 1pm. Wah! Expressnyaaaa!


Ok jangan terkejut. The Maid ni boleh memasak jugakkk ohmaigod!! Around 1 pm tu dia boleh start memasak for lunch, kita google je resipi apa..dia akan follow. Kalau nak suruh The Maid ni suapkan anak2 kecik pun boleh. Memang gila canggih lah! Lepas makan, dia akan back to tugas membersihkan meja makan, menyapu, dan membersihkan dapur.

Lepas tu, kalau nak suruh buatkan susu anak-anak pun dia boleh buatkan. Kena set terus lah sukatan susu setiap anak tu camane.


Pastu, dah petang tu, baju yang dia sidai tadi dah kering kan, so dia akan angkat dan TERUS LIPAT DAN SUSUN!! Huwaaaa siapa yang taknakkkk robot ni?? Gila kau taknak?

The Maid

Korang balik kerja petang tu memang rumah dah kemas cantik rapi je! Korang pergi lah Youtube! Search The Maid Australian Robot. Memang canggih. Dah. Pergi search sekarang! Sebelum tu aku nak tanya! How much are you willing to pay for The Maid ni kalau korang ada peluang untuk menggajikan si robot ni? Go to You tube nowwwww.


.
.
.
.
Handsomenya dia ni =p HAHA TIBA TIBA.
.
.
.
.
Tak jumpa kat Youtube? Memanglah. The Maid tu aku saja reka cerita je sebenarnya! Bahahahahahahahambarrrr. (FINE!)Sekarang, kalau korang yang membaca ni adalah golongan suami, korang boleh bayangkan tak betapa isteri korang tu dah macam robot kat rumah. Aku faham, korang sebagai lelaki memang tak nampak benda yang terlalu detail, contohnya, kulat di sebalik paip di singki tandas, toilet bowl yang dah mula kekuningan mintak disental, dan sebagainya. Tapi percayalah, rumah korang bersih bukanlah terjadi secara AUTOMATIK! Tak ada mesen pun yang boleh tolong sentalkan sinki toilet, yang boleh tolong lipat dan susunkan baju, mandikan anak-anak, etc. Semua tu adalah kerja-kerja hanky panky yang memerlukan tenaga yang sangat banyak dan masa yang agak panjang untuk menjadi kenyataan.


So kalau tadi korang jawab korang sanggup bayar The Maid, apa kata korang hargai isteri korang instead...,boleh hadiahkan percutian di hotel best-best, bagi duit untuk isteri korang pergi salon, pergi shopping baju baru ke, kasut baru ke, pastu rajin2 lah peluk cium isteri korang tu. Hargai penat lelah dia kat rumah. Memang nampak dari mata kasar, korang rasa macam "ala..duduk rumah je kot". Tapi serius, aku bagitau terus terang eh. PENAT SANGAT kalau fokus menjalankan kerja-kerja surirumah ni. Kalau ada anak-anak kecik lagi lah dia punya tahap penat tu memang penat yang boleh jadi gila tau haha. But no worries, a hug can release all the stress in her. Trust me!

Aku ni kalau sehari laki aku tak usap kepala aku, cium aku dengan penuh kasih sayang, peluk aku, memang aku boleh stress. HAHA. Pentingnya sentuhan suami isteri! Dapat pahala lagi!

Kalau orang selalu cakap, isteri kena dapatkan redha suami. Bagi aku, seorang suami pun perlukan redha isteri, untuk berjaya. Isteri tu bukan robot. Bukan maid. Dia juga perlukan empowerment dari suami. Dia dah penat lelah fokuskan seluruh jiwa raga tenaga dan masa dia untuk keluarga, tugas Korang sebagai suami hanya perlu hargai dia je..tak susah pun, barulah isteri korang bersemangat setiap hari. Kalau communication fail, marriage will have problem. Kalau isteri kat rumah tu hati dia sentiasa simpan rasa tak puas hati, geram, marah, kecewa, kecil hati, dan sebagainya, tak mustahil kalau korang kerja kuat macam mana sekali pun, rezeki susah nak melekat. Nauzubillah. Sooooooooo, hargailah isteri korang ye? =D

I love you Abang. I am sorry that you are married to a "feminist". Lol. Kbai.


Tuesday, October 20, 2015

Macam Pakistan Jual Karpet

Bismillahirrahmanirrahim

Hai!

Sekarang ni ramai yang mesej aku nak mulakan bisnes sendiri. Nak buat online jugak. Nak start brand sendiri. Nak berhenti kerja, jaga anak kat rumah. Ada tu nak bisnes sebab nak cari backup sebab nak back up sebelum di-retrenced oleh company, due to bad economy.

Aku pening jugak nak jawab sebenarnya. Aku bukan buat full time online boutique ni. My own label: The Ladyship ni sebenarnya aku baru nak build, part time. Kalau u guys ask me, susah ke tak? Aku rasa better jangan risk your life HAHA. Business mana yang tak susah dek nonnn. For us, business Herbalife adalah business paling senang, paling ciput kos overhead, marketing cost, and paling tinggi return on investment. Tapi paling susah orang nak stay sebab business Herbalife memerlukan keikhlasan hati sepenuhnya, dan keinginan yang tinggi setinggi-tingginya untuk berjaya. Which is, kitorang pun take time nak build up ourselves untuk jadi orang yang layak berjaya dalam business Herbalife. Life is a constant learning process, kan? So chill lah :D Yang penting, HAVE YOU HAD YOUR SHAKE TODAY? Tak cool lah tak breakfast shake kehkehkeh.

ANyway, back to the online boutique. Sebenarnya bukanlah aku fokus 100% online je. Bila korang nak berhenti kerja, pastu nak start your own business, kalau setakat mengharapkan upload gambar kat internet, kat whatsapp groups, pastu mengharapkan orang respond, memang kim salam -.-" Especially kalau time baru nak start. Confirm down hoi. Duk rumah bagai turun bulan jatuh ke riba, tak jatuh-jatuh. So aku nak share sikit, apa yang aku belajar time aku pergi salah satu seminar haritu, tajuknya: HOW TO SELL 100 PIECES IN A DAY.

One of the ways is, jual cara Pakistan. Korang ingat tak, dulu-dulu Pakistan selalu merayau rumah ke rumah untuk jual kain. Kalau dalam drama-drama TV tu, selalu je ada babak suri rumah ni beli kain dari Pakistan yang jaja dari rumah ke rumah. Pastu, bukan bayar penuh terus..siap berhutang lagi. HAHA. "3 kali bayar pun tapa" kata si Pakistan tu.

So, aku pun dengan rendah diri dan terketar-ketar cuba mengaplikasikan ilmu yang aku pelajari dari seminar tu. Tu pun lepas sebulan baru aku dapat kekuatan nak apply ilmu ni. Huahua. Cuak dowh. Ada haritu aku berpeluang bawak pergi kedai makan sorang akak ni namanya Kak Leha, memang kenal rapat jugaklah. Asalnya nak pass baju untuk anak dia, anak dia dah siap-siap order dan transfer duit. Pastu aku bukak bonet kereta, jadi car boot sale terus kena serbu dengan kawan-kawan Kak Leha. Alhamdulillah. Hihi.

Semalam pun ada cerita, aku bawak sikit stok, letak dalam beg plastik besar, pergi jumpa kakak ipar aku kat Hotel Seri Malaysia..dia nak tolong promote kat kengkawan dia hehehe. Baik kan kakak ipar aku? Adik beradik husband aku memang so supportive like that u know. Alhamdulillah sangat..kalau nak kata stok yg aku buat sikit, memang tak lahh. Mana nak untung kalau produce sikit-sikit. Nak dapat harga kos per piece murah memang kena tempah berkayu-kayu kain..baru lah merasa sikit untung dari jualan sehelai baju. Memang selalunya habis jual dulu kat customer regular Ladyship..pastu sedara mara, kawan-kawan yang supportive, and lepas tu baru online customers. Rezeki Allah ni memang best. Hihi. Impressively, memang betul taktik ni boleh habis almostttt 100 helai in just one day! MashaAllah 😁


Nak bisnes, tak boleh nak berlagak macho bergaya sangat. Priority utama adalah kumpulkan data base customers dan pastikan mereka jatuh cinta dengan produk kita. Aku suka tanya customers apa yang aku perlu improve dari segi kualiti ke ape ke.. Kalau diorang nak bagi kritikan, terima! Sebab kita ni baru nak start business, memang banyakkk sangat cacat cela. Kalau tak betulkan dari awal, nanti dah lama dah jadi kematu, besar kepala..lama-lama customers lari. 

Ok sekian bebelan untuk hari ini. Korang jangan lupa, tolong like & follow:

  • www.infokurus.com
  • Facebook page: The Ladyship.co
  • Instagram: @theladyship.co
Thanks for reading! ;)

Monday, October 19, 2015

Vendeur Festival 6.0 Kuantan

Bismillahirrahmanirrahim


Hai!

Seems like local brands are taking over the local market in Malaysia. Sebelum ni, kita rasa macam tak feeling so good kan kalau beli local brands, maybe sebab marketing kurang poweer, tak ada artis yang pakai design from locals except yang famouse designers such as Rizalman,etc. Rasa bangga jugak sekarang tengok masyarakat Melayu dah ramai mula menembusi bidang perniagaan, kan? Terima kasih kepada sesiapa yang memperkenalkan konsep "online shop", sebab menyediakan alternatif kepada physical store untuk sellers dan shoppers. Kalau dulu, nak mulakan bisnes menjual sebarang produk, mesti kena serabut fikir kos kedai, deposit sewa, renovation, etc. Tapi sekarang tak perlu dah nak fikir benda tu semua. Nak bisnes? Beli stok, promote terus di Facebook/Instagram. Ada bajet lebih, buat website. Save cost.

Tahun 2015, jadi trend pulak event organizer yang mengambil peluang buat so-called online shop festival, di mana mereka menyediakan tapak jualan atau booth for the online sellers to market their products physically dalam festival yang dianjurkan tersebut. Wah. panjang ayat aku ha. Untuk my own label The Ladyship, kitorang pernah join few festivals, but I would say, I am satisfied with this one: Vendeur Festival.


Gigih tu ha dua orang 'lelaki' kena tolong set up kan booth hehe

Tak kira apa musim sekali pun, kalau buka booth, Jubah Beatrice memang laku keras tahap mabuk punya. Alhamdulillah


Korang ada lagi ke yang belum grab Kayla Kaftan ni? Superb gojes tau. Rare!


The team <3

Duduk booth Vendeur Festival memang busy memanjang alhamdulillah crowd tak putus-putus dari pagi sampai ke malam. 


Dah siap packing barang nak balik Ahamdulillah sales terbaikkk mashaAllah!

Nak join buka booth ni bukan senang sebenarnya. Penat dia, tak terkata. Tapi for me, it's good utk online sellers kekalkan momentum business. Yelah, kalau syok buat online je, kadang tu kita rasa kita dah cukup bagus kan. Hari-hari ada berplastik-plastik postage. Tapi perlu juga kita open up to other sellers, belajar macam mana diorang berbusiness, boleh jugak belajar juga dari kesilapan diorang..

Perlu ke masuk semua festival online shop yang ada? 
My answer, kena tengok timing, tempat, dan organizer. Aku pernah join satu blogshop festival ni, kat tengah-tengah KL (Dataran Medan Pasar). Sewa booth RM300 for two days. Crowd mashaAllah ramai sungguh! Tapi... 90% orang asing such as Nepal, Bangla, mat saleh, Jepun, dan sebagainya. Stresssss. Haha. Sale? RM60 -.-"

Tapi aku belajar banyak lah dari pengalaman lepas dah rugi banyak kat festival tu. My conclusion is, join booth waktu betul2 orang baru dapat gaji (kalau dah lebih seminggu orang dpt gaji, pun maybe sales suam-suam kuku), tempat pulak kena tengok pendapatan per kapita masyarakat situ. Means, oorang-orang kat tempat nak buka booth tu mampu atau tidak beli produk kita. Next, tengok organizer. Setakat ni aku paling trust Vendeur Festival. 

Target next: nak join jadi vendor di Mood Republik pulak. Tak pernah ada vacant booth lagi since aku start online boutique ni. Tolong doakan aku dapat join MR ni ok? Sebab dengar cite, sales boleh cecah 10 kali ganda dari Vendeur Festival :o

Jom doa yang baik-baik untuk diri sendiri dan untuk semua orang :)
Salam Isya'

Wednesday, October 14, 2015

Memang Babi Betul La!

Bismillahirrahmanirrahim


Hai :D It's been a while, isn't it? Been very busy, and I thought blog is no longer a relevant platform to bebel anymore. I thought I could just 'blog' through my instagram profile. But akhirnya, aku tak tau nak tulis apa pun kat instagram HAHA.

Anyway, about the tajuk..hehe saja buat gempak. Tapi memang betul pun, aku terlanggar babi. And yes, MEMANG BABI BETUL :( Gemok sangatttt! Gemok yang tahap kereta aku kemek, bumper pecah, plat number tercabut pecah berderai, tapi babi tu tak mati pon :(


Kejadian berlaku around 4 pagi. We were taking turn driving from Melaka-Kuantan, masa babi tu melintas, aku pulak yg driving -.-" Panic lah ape lagi! Lepas terlanggar tu, aku menggigil teruk, serius! Terkejut babi wey. Terkeluar la jugak air mata aku masa tu.

Takpelah, benda dah nak jadi kan. Alhamdulillah kereta masih boleh bergerak, so kami pun teruskan perjalanan sampai ke rumah kakakku, untuk tidur. Esoknya, dalam perjalanan from the house ke Sultan Ahmad Shah International Convention Center utk set up booth for Vendeur Festival, ada pula sebuah kereta ni masuk simpang time kitorang tengah straight laju, memang terus la kena dengan kitorang "Eeeeee dia ni! Macam babi betullah! HAHA". Bukan berniat nak mencarut, tapi lepas kejadian accident tu baru lah kitorang faham the rational behind carutan menggunakan perkataan "babi" tu hahahaha. Sebenarnya dalam hati ni, frust sebab kereta kitorang dah kemek, tak cantik, and yet kena tunggu balik Melaka baru dapat repair. So we make fun lah, of the car yang sesuka hati je masuk simpang tak reti nak pandang kiri kanan. So korang, kalau korang masuk simpang tak tunggu jalan clear, get ready je lah ye sebab mungkin korang pun akan dicaruti sebegitu LOL.

Ok Khaira dah nanges. Bai.

Wednesday, July 8, 2015

Truth About Being A Work From Home Mother


Bismillahirrahmanirrahim.

Umur aku 26 tahun. And I have 2 kids so far alhamdulillah, A 3 year-old boy, and a 6 month-old baby girl. I am not a housewife. I am a work-from-home Mama.

Aku pernah praktikal sebulan di TM Bangsar during my university years. Masa tu aku kerja tak dapat gaji pun. But I earned the experience. Merasa la jugak ada cubicle sendiri dalam office, merasa bergaul dengan colleagues..merasa ada boss, merasa lah playing truant during office hour LOL. (Ada this one Friday I sneaked out lari jap pergi Herbalife HQ naik LRT from Bangsar. and definitely aku merasa pengalaman menggunakan Wifi office untuk tengok tonton.com.my. LOL)

Selain tu aku juga pernah experienced bekerja sebagai guru ganti sekolah rendah for like, 7 weeks. Pagi-pagi sharp at 7am I will have to report to the office, submit my "Buku Rancangan Mengajar" di meja kerani, and ikut time table yang ditetapkan, masuk kelas yang aku perlu mengajar menggantikan guru yang aku ganti mengikut jadual. And aku gunakan kesempatan keberadaan aku di sekolah tu untuk berkawan dengan cikgu-cikgu kat sekolah tu.

And that was the only WORKING experiences I ever had as for today. Itu pun zaman anak dara. Lepas kahwin, memang aku tak pernah bekerja dengan sesiapa except being my own boss.

Since aku terus pregnant (read: bunting pelamin) lepas nikah, which 10 bulan selepas aku bernikah dengan husband, aku terus dapat title MAMA. Aku habis belajar more or less 6 months selepas tarikh aku bernikah. Aku mula membina empayar perniagaan aku bersama suami lebih kurang 1 tahun sebelum kami bernikah. Dan sejurus selepas kami bernikah, suami aku memang totally berniaga bersama-sama dengan aku, kami memilih untuk mencapai cita-cita dan impian kami melalui perniagaan, dan perniagaan pertama yang kami pilih untuk jalankan secara serius adalah Herbalife. So lepas aku habis study, dalam keadaan aku pregnant, aku memang terus decide untuk teruskan berniaga dan tidak memilih untuk bekerja dengan mana-mana syarikat.

Lahirnya anak pertama kami, Muhammad Yassir, everything was fun, and still under control. Aku memilih untuk breastfeed my baby, dan aku tak pernah hantar my baby kat mana-mana babysitter. Masa tu memang tekad, aku nak jaga semua anak-anak aku sendiri, breastfeed, didik mereka semua dari rumah. Lepas 2 tahun ++, aku pregnant with my 2nd baby, which today SHE is almost 7 months old, named Yasmin Khaira.

Yassir sekarang 3 tahun 2 bulan. Aku tak ada orang gaji atau pun baby sitter. Aku tak ada peluang untuk hantar anak aku hari-hari kat rumah parents macam some of working mothers kat luar sana. My parents both are still working, and my in laws tinggal di negeri lain, so I have to take care of my two kids sendiri. Aku pernah cuba hantar Muhammad Yassir ke taska, he ended up having higher temper of tantrum after a month dihantar ke taska.

I always wish I am a fulltime housewife. Hakikatnya, I am not. LOL. Fulltime housewife is, a wife yang tak perlu keluar rumah untuk menyalurkan tenaga selain dari mendidik anak-anak, pampering husband, and out for salon, shopping or catching up with friends. Aku? Selain melakukan kerja-kerja rumah, aku juga perlu keluar untuk jumpa client, pos barang customers yang order online, buka booth here and there, usaha untuk mencari rezeki for my family, bawak anak ke playground, menyusukan my baby Khaira, drive with 2 kids, dan banyak lagi tugasan yang aku perlu lakukan setiap hari.

Suasana semasa melipat baju. Kalau tak tidur, lagi mencabar, Macam- macam gaya aku kena buat untuk melipat baju sebab budak bertuah ni suka benau memanjat badan aku. Proses melipat baju yang sepatutnya selesai 2 jam, sekarang 2 hari pun belum tentu settle -.-"


Everyday I ask myself. "Macam mana aku nak handle myself with 6 kids nanti? LOL"

Manusia, maybe because memang Allah dah ciptakan manusia, selalu tak berpuas hati dengan apa yang kita ada. Kita selalu nak apa yang orang lain ada. Padahal sebenarnya orang lain nak sangat dengan apa yang kita ada. Sebab tu kita sebagai manusia perlu sentiasa saling ingat mengingati, agar kita semua masing-masing sentiasa bersyukur dan redha, Allah bagi kita cukup sebenarnya sentiasa untuk kita, walaupun kita rasa kita tak dapat cukup. Sebab tu Allah suruh kita sentiasa berusaha, usaha dan usaha.

And everytime I saw friends kat Facebook up status macam sedih sebab anak demam and dia tak dapat cuti, terpaksa utamakan kerja daripada anak in certain situation, sedih terpaksa pas tanggungjawab anak kepada pengasuh, etc etc.. aku faham perasaan tu, and waktu tu aku sangat bersyukur sebab aku tak perlu akur dengan telunjuk orang lain, aku bebas nak bagi perhatian kat anak-anak aku terutamanya saat-saat mereka betul2 memang memerlukan perhatian seorang ibu. Alhamdulillah.

But let me tell u dear work-from-cubicle moms. Aku percaya korang mesti akan rasa macam best gila kalau dapat kerja bersama anak-anak. Kan? Siapa tak nak haha. Ok jom imagine yourself in these situations:

1. Aku, husband, my baby Khaira dan my son Muhammad Yassir bersama-sama di dalam kereta, on the way bertemu dengan client untuk business presentation, both of us dah pakai smart, dan bersemangat waja nak buat closing, pastu si anak yang 3 tahun ni TIBA TIBA TANTRUM dari dalam kereta. Masa tu dia nak handphone kita (read: kami sedang on the phone dengan clients), menjerit sekuat hati dia, tarik tudung, baju, tumpahkan air, and masa tu, boleh ke bayangkan emosi kami berdua as parents? Lagi 5 minit nak sampai tempat client............

2. Dah sampai tempat clients, plan asalnya aku yang patut present to the clients sebab tu semua perempuan which the husband mintak tolong aku present supaya the clients rasa close and selesa untuk bercakap, tiba-tiba waktu tu si baby terjaga disebabkan suara abangnya yang sangat kuat due to tantrum, and of course the baby demand susu. And the client is just right in front of your car. Plan yang asalnya Mama should present, in the end husband yang kena keluar sorang-sorang buat presentation. (Baik kita 3 orang duduk rumah je kalau macam tu betul tak? LOL). Agak-agak apa korang akan buat kat anak 3 tahun tu? Dalam imaginasi seorang ibu, rasa macam nak tampar, nak sebat, semua ada..sebab geram punya pasal. Tapi Iman dan kasih sayang masih tebal dalam diri, so SABAR jelah yang mampu aku lakukan. Haha.

 3. Di butik, time ada customers datang nak shopping, anak kau yang 3 tahun tu keluarkan segala jenis toys yang dia ada, lambakkan kat lantai butik, ajak customers main lawan-lawan (dia bayangkan diri dia Spiderman), pastu tiba-tiba customer tu kena sebiji tumbukan. Agak-agak lepas customer tu balik, apa korang akan buat kat anak 3 tahun ni?

4. Bangun pagi, masak macam-macam, pastu anak 3 tahun ni liat betul nak bangun makan, mandi. Pastu aku ada appointment in 2 hours time, pastu anak 3 tahun ni end up bangun tidur 45 minit sebelum waktu appointment. Last-last makanan yang dah siap masak kena bungkus masuk mangkuk tingkat, aku yang dah pakai cun-cun kena mandi lagi sekali sebab dah peluh-peluh berperang dengan tantrum si anak (anak aku memang akan melalak kuat gila bila bangun tidur tanpa sebab LOL) nak suh dia mandi. Sungguh, tak mudah menjadi ibu yang bekerja dari rumah sambil uruskan anak-anak. Haha.

Ruang antara mereka berdua ni adalah ruang untuk aku tidur. Ye, lebarnya 6 inci. Alhamdulillah, #syukurselalu LOL

Serius. masa saat saat kecemasan memang aku selalu bayangkan kawan-kawan yang memang rutinnya pagi-pagi dah hantar anak ke rumah pengasuh, and diorang boleh kerja dengan tenang (walaupun dalam keadaan asyik rindu anak). Masa anak aku sakit, aku selalu bersyukur sebab aku boleh berada dengan diorang waktu diorang memerlukan.

Konklusinya, kita cuma perlu bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Jom sama-sama bersyukur dengan kehidupan yang Allah dah beri pada kita sekarang. Pastu kalau kita rasa kita tak puas hati, kita cuma perlu usaha sehabis mungkin untuk kita dapat kehidupan yang kita mahukan. Aku pun manusia. Kadang-kadang aku pun mengeluh. Aku pun selalu diuji dengan rasa iri, iri dengan apa yang orang lain miliki. Tapi cepat-cepatlah istighfar setiap kali perasaan tak elok macam tu melintas dalam hati. Kalau kita nak lebih, kita kena didik diri kita rasa GEMBIRA tengok orang lain dapat lebih.

One of the wealth principle listed in the book Secrets of the Millionaire Mind by T.Harv Eker:

"Bless that which you want" --Huna philosophy

Meh aku quote sikit explaination T.H.Eker:
You have to realize that if you view rich people as bad in any way, shape, or form, and you want to be a good person, then you can never be rich. It's impossible. How can you be something you despise?
Practice the Huna philosophy. Drive around and buy magazines, look at beautiful homes, gorgeous cars, and read about successful businesses. Whatever you see that you like, bless it, and bless the owners or the people involved.

Same goes to us, all mothers. Kita perlu berusaha untuk tahu apa yang kita nak, apa yang kita suka. Kita suka kebebasan yang kita dapat semasa bekerja? Atau kita suka melihat anak-anak membesar dengan hasil didikan kita sendiri sepanjang masa depan mata? Pilih. Once we decided, kita perlu belajar untuk redha dengan setiap satu cabaran yang kita hadapi along the way. Either way pun ada pros and cons. Kita cuma perlu #syukurselalu. Hoyeah!

Dah nak raya! Ingat raya, Ingat #laylatulqadr. Ingat Raya, Ingat The Ladyship! Ingat Raya, Ingat Herbalife! Maintain kurus sampai bila-bila! Nah belanja gambar our latest design. Have a good day peeps!


Jemput follow instagram @theladyship.co :)

Saturday, May 16, 2015

My First Toilet Training Experience

Bismillahirrahmanirrahim


Jangan salah faham. Bukan aku yang di train kan. Ngeh ngeh. It's my eldest child, Muhammad Yassir. Aku target actually by his 3rd birthday Muhammad Yassir dah fully trained. Dah pandai buang air di tandas. Diaper-free. Aku target by his 3rd birthday do not anymore need to by his diaper stocks. WAMAKARU, WAMAKARALLAH. We plan, Allah's plans are still the best. Terlepas hari lahir Muhammad Yassir yang ketiga, tiada lagi situasi panik "Mamaaa Mamaaaa, nak kencing! Nak kencing!" berlaku di rumah mahupun di mana-mana tempat lain. Haha. Maksudnya, Yassir masih relax lagi kencings dan berakness di dalam his so-called pampers.

The reason kenapa aku delay, is because aku belum dapat staff permanent untuk jaga butik. Butik aku fully carpeted. So aku risau kang Yassir tercirit, terkencing kena karpet..ha sudahhh. Mau kena tutup butik seminggu straight utk spring cleaning haha.

Panas jugak telinga bila orang duk tegur "Acir dah besarrr pakai pampers lagiii. Malu la Acirrr". Grr. Everytime someone said something like that to Acir, aku yang akan rasa bersalah. He's only 3. Mane la dia tau whether or not he should still wear diaper. Obviously, kan? But one thing for sure, at his age now, dia dah ada perasaan. I mean, dia tahu nak rasa malu, sedih, marah, etc. So I am pretty sure bila orang cakap "malu la dah besar pakai pampers" kat dia, dia memang rasa malu. Because the adults say so.

So as his mother, I feel the pressure LOL. I have to do this! It's NOW or NEVER. Gittew kau. Semangat kobau kobau ha, HAHA. Alhamdulillah I managed to recruit an assistant for the boutique. Lepas settle train the staff for a week, aku terus cuti seminggu utk focus toilet training Muhammad Yassir.

Masa baru mula 1st day toilet training, aku excited lah nak mintak tips from all experienced mothers, so aku up status kat Facebook. Seriously MashaAllah, ramai sungguh manusia yang baik hati..ramai sangat yang share pengalaman masing2 di status aku. So meh aku nak share apa yang diorang share dgn aku, with you  :)

Tips 1
Klu sis bru lps bg dia mnm susu/mnm..dlm 10-15 min pastu cuba ajk dia G toilet..lama2 dia dh biasa n reti nk kncing sndri..cnth klu mlm sblm tdo bwk G toilet dulu..sllunye bdk yg dh biasa pkai pmpers rasa xslesa nk berak Kt slua..automatik kte akn tau dia nk berak ke tak..ank kte cmtu gak dulu..huhu

Tips 2
mula2 nk ajar mmg time tido kena pakaikan pmpers.bila da pndai time siang x pki pmpers baru leh ajar time tido x yah pki lak..mula nk ajar bwk die g toilet 15-30 min skali klu die x nk kncing kali ke2 ajak tu pakse je teran skit.time nk ajr utk b4 tido lak b4 tido ajak kncing dulu tgh mlm kite terjaga bwk je die g toilet.mmg die ngamuk skit2 mula2, lame da bese.

Tips 3
good luck Ladyship Atie..Khalish dulu kencing merata2 walaupun dah bwk pi kencing..maybe akak jarak kan lama sgt..dlm 1-2jam..
penah paling worst die terberak dlm seluar..aduiiii sabauuu je laa..
Kalau nak lg menarik,belikan tempat alas kencing die tu 
utk toilet bowl..excited die nak pi toilet sket..
Lagi satu..jgn marah die bile die terkencing semua utk permulaan ni.. tp bile dah lama sket..die still malas2 nak bg tau kite bile nak berak..tegas sket..confirm die akan bg tau bile nak berak..


Tips 4
Anak saya baru lepas degan jayanya... Minggu pertama... Siang x pakai pampers ... Lepas minum susu LPs 20 minit ajak pe toilet suruh kencing.. Kalo x nak siram2 air kat tut2 dia... Mula2 tu anak x pandai buang air besar kat toilet.. Asal nak berak mintak pampers.. Pastu dok faham asal anak kentut busuk yang amat x lama memang dia nak berak... Senang ajar pakai toilet duduk.. Kita belikan alas duduk tuk budak2 tu.. Suruh dia duduk n kita ajar dia meneran dengan suara...eeeeh... Eeeeh...
Bila mlm nak tido minum susu pastu kencing dulu... Set jam kul 1 akat pe toilet suruh kencing.. Subuh pun akat lg pe toilet.. Kadang2 basah gak tilam sebab maknyer x boleh buka mata ha ha ha.. Alhamdullilah x sampai sebulan anak lulus potty traning..


Tips 5
klu aku atie, nk ajar btl2 si kakak ak mmg marah n denda die bila die kncing x bgtau n merata, so next die nk terkncing dia akn beringat n rase tkut so die akn bgtau.sbb tu ak boleh ajar die dlm mase sehari je, thn ari ke-2 smpi ke arini die x pki pmpers n die bgtau nk berak n kncing..kakak start x pki pmpers umo 2 thn 6 bulan.

Tips 6
Atie ktorg buat star chart utk ameerah masa latih dia kencing kat toilet. Lps dpt 10 stars (sbb kencing berak dlm toilet,buat baik etc) dpt 1 hadiah. Bg hadiah guli je pon tp mmg berjaya motivate dia. Bila acir dh faham sensation nk kencing berak cmne nanti, ok lah tu.dh boleh jadualkn. dia pn dh pndai cakap kn.. Bnyk2 brsabar je. All the best

Tips 7
 Kak ti,1tips from makcu ain. Dia pakai kan anak dia spendar gmbr spiderman/superhero. Reverse psychology wink emoticon my cousin xsanggup kencingkan superhero dia. Cbe try.

Tips 8
Atie ade kwn yati dia motivate anak dia nk bg coklat if dia berjaya bgtau nk kencing or poo poo kt toilet.


Tips-tips kat atas ni aku copy&paste dari komen-komen mereka di status Facebook aku. Bukan originally from me tau. As for now, it's been more than 2 weeks since aku mulakan toilet training for Muhammad Yassir. Alhamdulillah, now Yassir dah faham dah kalau nak kencing atau nak berak kena pergi toilet. Aku tak ada belikan special tools pun for him. TAK SEMPAT -.-" Tapi alhamdulillah Allah izinkan Muhammad Yassir pandai bercakap jelas sekarang, dan memang faham apa yang kita cakap. So senang jugaklah kerja aku. Aku tak 100% free kan dia dari pampers. Sebab I am a working mother. I bring my 2 kids all the time with me to work, to shop, to enjoy, everywhere LOL. So kalau aku keluar, without my husband with us, memang aku akan pakaikan pampers. And aku explain pada Yassir: "Kita keluar Papa tak ikut..so Mama pakaikan Acir pampers k? Tapi Acir bagitau Mama tau kalau nak berak atau kencing kita pergi toilet k? Harini je pakai pampers tau sebab Papa takde. Hari lain Acir tak boleh pakai pampers tau"

My "bad" experience in the first 2 weeks:

  • Hari pertama Acir kencing dalam seluar 4 kali.
  • Acir pernah berak dalam seluar sekali, time tengah tidur DALAM KERETA.
  • Acir pernah berak dalam seluar kat rumah.
  • Acir pernah kencing malam sekali, time tu tak pakai pampers. 

Sejak Yassir terkencing kat katil malam tu, aku selalunya akan pakaikan pampers waktu dia tidur. Hehe. Maklumlah aku ni bukan ada bibik kat rumah. Kang kalau asyik terkencing malam, dah jenuh tetiap hari nak jemur tilam. Aku memang selalu by 11/ 12 tengahari dah keluar rumah. Malam baru balik rumah. So kalau duk jemur tilam bawah matahari, buatnya hujan..tak pasal2 kena tidur atas lantai haha.Tak kuasa den. Belum ready utk sampai tahap tu lagi hahaha.

Alhamdulillah, kalau dulu Yassir akan perlukan 2 bungkus pampers size XL in a month. Bulan ni dah masuk minggu ketiga, stok pampers baru guna tak sampai 1/4. BANYAK SANGAT JIMAT LOL.


P/s: Acir pun ikut healthy lifestyle Mama Papa tau! At least 500ml air kosong memang Acir akan minum sehari. Sebab berat Acir sekarang around 15kg. 25KG=1 liter air kosong! JOM SIHAT BERSAMA FAMILY ACIR =D

Tuesday, May 5, 2015

It Was For Suka-suka

Bismillahirrahmanirrahim


Allah suruh nikah. Nikah! Pastu adakan walimatul urus, untuk memberitahu orang sekeliling bahawa pasangan yang baru sahaja bernikah tu dah halal menjadi suami isteri. As simple as that. Kalau semua orang amalkan perkara yang PERLU je, aku rasa takde orang nak bercintan cintun without halal relationship. Serius. Nikah bukan satu benda rumit pun. Manusia je yang bersusah payah merumitkan keadaan sampai menyusahkan diri sendiri dan anak-anak.

Semua perkara yang TAK PERLU wujud dalam urusan pernikahan pada hari ini sebenarnya bermula dengan "suka-suka je nak buat". Bukan salah siapa-siapa. Tapi salah siapa yang suka mengikut-ikut tanpa berfikir panjang. Fikir panjang panjaaaaaaaaaaaanggg sampai ke 7 generasi akan datang. Sebelum nak buat sesuatu PERKARA BARU.

Sekarang dah mula pulak satu lagi perkara baru yang bakal menjadi ADAT dalam urusan pernikahan. It is bachelorette party. Bull**it sangat bachelorette party ni. Like, sangat-sangat. Quoted from this blog: WHATEVERLAH


Bachelorette party/Bridal shower – malay men for some good reason are not affected withPOTE syndrome, its more to meleis ladies.  Apparently once must celebrate pre f-halal-way before a wedding, the rich kids would throw  it at  Flora Terrace, Sekeping or the tres chic once would have it in Harrods KLCC, superficially sipping dajeeling tea while savouring scones and biscuits (whilst calculating the bills that about to be divided amongst themselves) . Don’t forget make it a theme party, pay RM 500 (go dutch) and make it a party ala Chanel. Black & White, CC symbol printed on A3 papers as table mats, get free samples vials, products, condoms throw it in a chanel like paper bag, and  called it survival kit for brides. The climax of the party, Novelty Cake katanya, selections of black, Asian, arab, Caucasian penises erected as a centerpiece.  Snap a photo, Instagram it,  caption, Wild night for ladies! Sad she is getting married in 2 weeks time! tag : #(hername)gothitched #sistersforlife.

Aku biasa tengok sebelum ni bachelorette party dalam TV je..selalunya dalam filem Hollywood. All girls yang konon-konon BFF berkumpul dalam 1 hotel room, pakai seksi2, tempah makanan and desserts best2, gambar2, gossips, etc. Tunggulah sikit time je lagi, dalam drama-drama Melayu pun akan ada highlight bachelorette party ni sebelum pengantin perempuan nak kahwin. Lama-lama nnt, setiap wanita yang nak berkahwin kena ada bajet untuk bachelorette party pulak. Kalau tak takleh dapat la wedding of the year.

Dah buat party, of course kena upload kat Instagram, Facebook, Twitter, Telegram, Wechat, sume tempat yg boleh up gambar, wajib la upload kan. Pastu friendlists dan followers yang belum nikah ni tengok, and feel like "Oh I want to have this party too when I am getting married in the future!". Kahwin kan sekali je, So kenalah immortalize every moment pastu bukukan cantik2 dalam photobook bagai. Akibatnya, siapa yang tak mampu nak buat atau memang tak nak buat dipandang sinis atau dianggap "tak ada kawan lah tu" atau dianggap "tak ada duit lah tu".

Sebenarnya semua benda mengarut yang kita panggil ADAT dalam masyarakat Melayu sekarang, semuanya mula dengan "suka-suka je nak buat", "saja nak mengeratkan silaturrahim" atau "saja-saja nak meraikan". Malam berinai, makan beradab, wedding reception yang GAH. Semua bermula dengan suka-suka. Memang lah, ada duit, tak ada masalah pun nak buat. Tapi cuba kalau orang kaya, orang miskin, semua bekerjasama. Bekerjasama menegakkan sunnah. Buat semuanya dalam kadar yang sederhana mengikut sunnah. Yang miskin tak akan rasa tertekan nak adakan apa-apa majlis keraian.

Sama macam sunnah Aqiqah untuk anak. Sekarang kalau nak buat Aqiqah kena ada buaian atau sort of "pelamin for the baby". Aiyo. nak tempah buaian tu je dah bape ratus ringgit. Kambing je sekarang around RM1000++ seekor. Kan bagus kalau orang yang mampu, yang kaya, yg berada, pun buat aqiqah ikut sunnah yg basic je. Takde lah golongan yg kurang berkemampuan rasa inferior bila tak dapat buat majlis Aqiqah yg besar2an. Aku dulu Aqiqah Muhammad Yassir menyelit je dalam wedding reception kakak aku Wani. Now tgh kumpul duit tabung untuk majlis aqiqah my second baby Yasmin Khaira pulak. Boleh buat combine sekali open house Raya nanti lah kot hehe.

Credit pic: SINI 

Satu lagi contoh masa arwah Atok aku meninggal dunia dulu. Majlis doa selamat dan tahlil sampai 3 malam berturut-turut. Nangissss bila tau adat orang Johor buat majlis tahlil sampai 3 malam berturut-turut. Dahlah the tahlil itself is not sunnah. Tambah pulak kenduri doa selamat sampai 3 malam berturut. Kalau family si mati memang tak ada duit, dah lah tengah sedih sebab baru kehilangan orang tersayang, dah kena fikir nak meraikan orang yang mendoakan arwah dengan jamuan makan pulak. KESIANNYA T.T. Zaman sekarang kurang-kurang pun makanan untuk 1 kepala RM8-RM10. Kalau ada 30 orang dah bape ratus tu? Memang lah bagus niat nak menjamu tetamu. Tapi as I mentioned earlier, kalau nak buat sesuatu, fikir paaaaaaannnnjaaaaaaaaaaannnggg sampai 7 keturunan akan datang. Kalau hari ni kita buat majlis doa selamat sempena pengebumian si mati, kita menjamu tetamu yang datang mendoakan, dengan niat bersedekah atau dengan niat ikhlas menjamu tetamu, kelak orang lain yang memang hidup sehelai sepinggang, kais pagi makan pagi, akan rasa pressure dan inferior bila tak dapat menjamu orang kampung yang datang membantu menguruskan jenazah.


I am still amazed with my younger sister's wedding (Linda). Dalam keadaan family kami yang tak pernah buat majlis kecil-kecilan (wedding kakak aku jemputan minimum 500 orang,  wedding aku 2000 orang! Which I myself hated the amount of money I had to spend for my wedding reception), alhamdulillah Linda's wedding was just so nice, simple and perfect to us. Jemputan kenduri dalam 100 orang je. Baju nikah pakai baju nikah aku dulu. Tudung je beli baru. Photographer upah kawan2 je..Arep and friends (visit their IG: @thewideframe) of course dapat harga paling kasih sayang haha. No pre-wedding or post wedding photoshoot. Gambar time wedding day je. Tak menjemput secara terang-terangan di Facebook sebab nak memastikan everything is within the budget yang sangat ciput. Lepas dah selamat nikah upload la gambar kat Facebook hehe. Orang keliling, takyah nak kecik hati sebab tak dijemput. Kena sama-sama tolong faham keadaan. Zaman sekarang ni cost of living tinggi, so mana yang boleh cut cost, kita cut cost hehe. Selamat dah sekarang diorang pun menjalani kehidupan berumah tangga sama macam pasangan lain. Sama je macam aku. Sama je, seriously. Yang penting ada sekeping dua gambar kahwin yang cantik. Hihi.
So, tak kisah lah walaupun berkepuk-kepuk duit kat dalam poket atau dalam bank, ataupun dalam bank ada cukup-cukup RM10 sebab tak boleh withdraw sampai licin, kalau semua orang pun tak berlebih-lebihan dalam melakukan perkara wajib (nikah, aqiqah, majlis pengebumian, etc), inshaAllah tak akan ada yang rasa tertekan. Peace yo.

Jom minum shake =p

Wednesday, March 11, 2015

Why Didn't I Just Quit?

Bismillahirrahmanirrahim.


Fuh. First time aku dapat keberanian nak menulis blog since lepas habis berpantang. Husband duk bising suh aku blogging balik cam dedulu. Huwa. Serabut jiwa raga aku ni bila dengar perkataan blogging tu. Aku tak pernah hilang minat untuk blog. Tapi aku hilang keberanian je.. Haha. Mesti ramai tertanya-tanya..apehal minah ni nak hilang keberanian la bagai. BLOG JE PUN. Bukan buat jenayah pun. HAHA.


Tapi hakikatnya..kalau u guys nak tau cerita sebenar, aku pernah dilayan seperti penjenayah (Haha over takkkk ayattt) oleh POLIS yang digajikan oleh Herbalife International. Blog aku pernah kena saman. Blog yang lama dulu. That's why aku beralih arah ke address blog yang baru ni. Dulu address blog aku ladyship-atie.blogspot.com. Aku terpaksa tutup blog lama aku tu..sebab kes aku disaman oleh polis Herbalife sebab aku banyak tulis unethical statement dalam entry-entry blog tu. Kaw-kaw kena saman. Bukan ratusan ringgit. Tapi ribuan ringgit :( Masa tu, down sampai bawah tanah kot. Down gila. Yela, aku blog promote promote Herbalife..bukan kutuk Herbalife. TAK LOGIK OKEYYY HERBALIFE SANGGUP SAMAN AKU. Selama ni aku bukan main setia kerja keras dengan Herbalife, aku sacrificed so many things for my Herbalife business, kau end up saman aku for all my hardwork? Blogging is also a hardwork for me. 1 entry nak tulis kena hadap 3-4 jam kot...bukan senang..pastu aku duk blog Herbalife bagus, Herbalife terbaik. Herbalife the best...tetiba Herbalife saman aku. Tak masuk akal tau tak?! +#_)@#(*@!&@!*^*!*#)@_)_!@($#*&&***^^&*@(!

Ha gitu lah perasaan aku masa tu. Menangis-nangis masa kena bayar saman tu. Sejak dari tu everytime aku call HQ aku akan sengaja marah-marah staff operator tu without reason pun..kadang diorang silap sikit je pun aku sengaja melenting ngamuk2 kat diorang hahaha padahal diorang takde kaitan pun dengan kes aku ni. Saje lepas geram.

Unethical statement yang dimaksudkan adalah: "Sejak saya makan Herbalife, saya hilang senggugut" "Saya hilang migrain". "Customer saya hilang darah tinggi" and things like that. Medical claim, income claim..benda-benda tu la puncanya aku kena saman dgn polis Herbalife. Huhu.

(P/S: Herbalife is a very big and strong company, dan sangat strict in protecting its golden goose. Herbalife adalah nutrisi, bukan ubat, dan bukan bertujuan dalam mendiagnos sebarang penyakit. Hasil produk dan pendapatan individu adalah tidak typical, berbeza mengikut individu. Disebabkan terlupa nak letak disclaimer ni, aku banyak buat unethical claims terutamanya bab menyentuh medical issues. So this is why aku kena saman.)

I ALMOST QUIT. Seriously, almost.

Lucky I did not.

Berbulan aku tak peduli langsung pasal performance aku dalam business Herbalife.. Semuanya husband aku take over. Kerja-kerja admin yang selama ni tugas aku, husband aku terpaksa take over. Semua kerja-kerja Herbalife aku serahkan pd laki aku. Huhuhu.. And berbulan aku fikir..."WHAT WILL HAPPEN IF I QUIT?"

Teman hidup yang tak pernah putus asa dengan aku.


Dalam masa yang sama jugak, aku saksikan ramai member-member Herbalife yang quit and success dalam business diorang yang lain..tak kurang jugak ramai yang quit business Herbalife dan back to being employed, working from 8-5 like many others. Ada juga yang quit business Herbalife dan jadi housewife sahaja bergantung pd income suami. Dan ada jugak yang daripada fanatik Herbalife ended up terus tak consume the products.

Waktu tu keikhlasan aku diuji.

"Our mission is nutrition"
"Herbalife changed my life"
"No money no problem, no initiative BIG problem"
"If you cannot succeed doing Herbalife as a part timer, you can never be successful doing it full time"


Lepas sekian lama aku bertapa mengasingkan diri dari business Herbalife, sengaja menyibukkan diri producing collections for very own brand, The Ladyship (Iklan: Sila follow instagram @theladyship.co). Satu persatu jawapan Allah tunjuk kat aku...which secara keseluruhannya aku sebenarnya diuji dengan kata-kata aku sendiri.Allah nak uji keikhlasan aku dalam setiap patah kata yang aku pernah sebut sebelum ni. Allah sengaja menguji. Allah nak mengajar aku. Allah tarik sedikit, tapi...in the end aku dapat BANYAK. MashaAllah. Maha suci Allah.

Lucky I did not quit. Sebab if I quit, I will be the one who's losing. Herbalife inshaAllah will never be affected kalau aku quit pun. Hahah. Dah memang patut aku kena saman sebab aku yang tak follow the ethics kan huhu.


Aku pernah declare depan public, "misi kami nutrisi"..income aku yang selalunya 5 digit..pernah ada satu bulan tu, Allah bagi income kami dropped to only 3 digits. Masa tu deep inside my heart, I could clearly hear Allah asked: "Betulke misi kau nutrisi? Bukan duit? Bukan kekayaan dan kemewahan? Betul, nutrisi? Ikhlas ke kau sebarkan misi nutrisi ni pada orang lain? Atau kau hanya sertai misi nutrisi ni only if you get money from doing it? Nah, AKU nak tengok how you react if I take all the money from you."- Allah.

Then aku teringat lagi, I said that "no money no problem, no initiative big problem". HAHA. Bajet gils masa cakap tu kan. Time ada duit memang la boleh confident gila kan cakap camtu. Hah amek, again, Allah uji aku dengan kata-kata aku sendiri. Pernah ada masa tu, aku nak keluar dari Melaka pun tak cukup bajet. Gila tak gila. Aku TAK PERNAH tak ada bajet nak naik KL. And yes, it happened to me just months back. What will u do if you have no money but you have so many things to be accomplished and that all of them need SO MUCH money? Tipu lah kalau aku tak serabut. Tipu lah kalau aku tak bergelumang perasaan stress setiap hari. Ye awak, hari-hari stress. Hari-hari fikir mana nak dapat duit nak bayar tu..duit utk bayar ni…dengan nak beli keperluan rumah, keperluan anak-anak, semua guna duit hoi hahah.

Tambah serabut bila banyak insan yang dulu pernah dekat dengan aku, tiba-tiba pergi tinggalkan aku macam tu je. Bukan setakat tinggalkan, tapi diorang bawa sekali prasangka kurang enak tentang aku. Terlalu banyak salah faham yang belum selesai antara aku dan manusia-manusia tu.  Tak tahu macam mana nak selesaikan so I choose to keep quiet and just let it be. Let the truth speaks. Biarlah orang nak bagi taik kat kita, kita bagi bunga. Masa tu aku teringat pepatah yang aku belajar dari training Herbalife..seperti dedaunan, bila dah rosak ia akan layu dan gugur. Lepas tu akan tumbuh dedaun baru yang lebih segar. Sama macam orang sekeliling. People will always come and go. Only few will stay. Mungkin memang aku ada buat silap banyakk sangat tanpa aku sedar. Semoga mereka memaafkan. Semoga aku dijauhkan dari fitnah dan prasangka buruk manusia. And masa susah aku jumpa insan-insan yang sikit pun tak berubah cara diorang layan aku, cara diorang bersahabat dengan aku..sama je dari dulu. Yang sedikit ni lah sahabat..



Dalam keserabutan tu semua, aku ended up buat semua kerja pun tak sepenuh hati. Aku hilang motivasi. Aku lupa apa impian aku. Aku asyik mengeluh. Business The Ladyship pun aku takleh nak focus, business Herbalife memang lagi lah aku tak focus sebab masih ada "dendam" huhu. I stopped learning. I stopped reading books. I stopped attending trainings. I stopped doing routines and activities to add value in myself. End up aku perform teruk dalam semua benda. And the worst part, I ended up performing so badly as a mother. Anak-anak jadi mangsa keserabutan aku. Dengan badan letih, sakit sana sini, memang semua benda tak jadi. And satu hari tu Allah remind aku tentang kata-kata aku sendiri: "If u cannot succeed doing Herbalife part time, you can't succeed doing it full time". Aku tersentak.



Bukan ke aku yang mintak kat Allah "Ya Allah, kurniakan aku kejayaan di dunia dan akhirat". Dear self, do you think it is easy to be successful? Nak berjaya DUNIA & AKHIRAT, pengorbanan yang aku kena lakukan bukan cukup setakat 5-10 tahun. Tapi seumur hidup. Kalau waktu tu aku rasa that was the lowest moment in my life, tak mustahil Allah akan uji aku dengan keadaan yang lebih teruk masa aku rasa aku dah cukup serba serbi nanti. Tak mustahil. Sebab semua ni Allah yang punya.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _Hmm.


Why quit? Quitters never win. And winners do not quit.

Alhamdulillah I did not quit.

Memang. Sekarang aku BELUM berjaya. Perjuangan aku BELUM selesai. Terlalu jauh lagi perjalanan utk aku redah. But jatuh bangun yang aku pernah lalui setakat ni buat aku sedar satu perkara baru: bahawa REZEKI itu adalah hak Allah sepenuhnya.



Aku dah pun redah journey bersama Herbalife 5 tahun. Kalau aku quit, dan mulakan perniagaan lain, atau earn my living by becoming an employee, I would still need to start from scratch kan? Macam mana aku perlu belajar dari ZERO utk build my own brand The Ladyship. And I choose to stay because of the products. Kalau aku quit, aku nak breakfast apa? Huhu 5 tahun dah aku breakfast dengan Herbalife shake. Kalau aku quit, boleh ke aku nak maintain kurus dan fit sampai tua? Kalau aku quit, what will happen to all the customers yang setia consume produk dengan kami? Yup, ada ramai sangat customers yang tak pernah miss shake since I started the business 5 years ago. Rugi lah kan kalau aku quit? Kalau aku quit, nutrisi apa aku nak bagi pada anak-anak aku dan generasi akan datang? And if aku decide utk quit, definitely aku tak akan berjaya dalam perniagaan ni. Kalau aku quit, definitely aku akan develop satu attitude yang kurang baik dalam diri aku sendiri. Like, ok today aku menghadapi saat yang sangat sukar dalam business Herbalife, pastu kalau aku tukar ke cabang perniagaan lain, and again aku hadapi kesukaran, masa tu definitely aku akan quit that business dan switch to another business. Sampai bila aku nak tukar-tukar business? Huhu.



Antara pengajaran yang aku dapat bila diuji: Terlalu banyak pintu rezeki untuk makhluk Allah terokai kat muka bumi ni. Bukan Herbalife je source yang ada. Banyak sangat-sangat source lain. Tapi once we decide to start one business, we have to learn how to build it and how to complete it. And it is never wrong to diversify our sources of income. Apa-apa pun kena keep on learning. Rezeki Allah sangat luas. Belajar je macam mana nak dapatkan banyak dan banyak lagi. Tak salah nak cari sebanyak mungkin rezeki. Tak salah nak jadi kaya. Tapi cukup atau tidak rezeki yang Allah bagi pada aku bergantung pada keberkatan. Income ribu-riban tak akan menjanjikan ketenangan hidup kalau kita rasa pendapatan yang kita perolehi adalah hasil dari usaha kita semata. Takkan pernah cukup kalau kita habiskan semuanya untuk diri kita. Kalau kita lupa yang itu semua hak Allah. Ada bahagian yang kita perlu kongsikan dengan makhluk Allah yg lain di muka bumi. Infact, sikit je utk diri kita sendiri…banyaknya utk orang lain.





I always want to be a winner. Doakan aku. Jom kejar akhirat.